Pemilik rumah di Malaysia semakin bijak dalam mengolah dekorasi dinding pada kos yang menjimatkan. Segalanya tidak mustahil untuk dilakukan sendiri, termasuklah memasang wainscoting pada dinding ruang tamu atau bilik tidur.
Antara proses yang agak sukar dan mengambil masa dalam projek DIY wainscoting ialah mengecat wainscoting itu sendiri. Namun jika anda mengetahui cara cat wainscoting yang betul, proses mengecat menjadi lebih mudah. Janji anda jaga kekemasan sewaktu mengecat.
Justeru, untuk kali ini kami ingin berkongsi bagaimana cara cat wainscoting dengan betul untuk mendapatkan hasil yang menarik.
Untuk proses mengecat ini, anda harus mengenal pasti kombinasi warna yang anda inginkan untuk ruang terbabit. Jika warna cat untuk wainscoting adalah sama dengan dinding, anda boleh melekatkan wainscoting yang sudah dibentuk ke dinding dan seterusnya meneruskan dengan proses mengecat serta-merta.
Jika anda memilih kombinasi warna yang berlainan, contoh biru gelap untuk dinding dan warna gold pada wainscoting, anda harus mengecat secara berasingan. Mulakan dengan mengecat dinding, kemudian barulah wainscoting.
Antara jenis cat yang boleh anda pilih ialah cat semi-gloss yang berkualiti tinggi, semi-gloss finish, acrylic-based dan juga oil-based. Cat minyak sangat tahan lama, tetapi jika cat yang dipilih tersebut berwarna putih, ia mungkin akan bertukar kepada warna kekuningan dari di kemudian hari.
Antara peralatan yang penting untuk projek mengecat wainscoting anda ialah berus. Pastikan anda mempunyai sash brush atau dalam Bahasa Melayu berus selempang yang saiz lebarnya 1 setengah inci atau 2 inci. Berus jenis ini mudah kerana bulu berus ini berbentuk serong menjadikan ruang yang bersudut lebih mudah untuk dicapai semasa mengecat.
Jika anda tidak mempunyai masa luang yang banyak untuk projek DIY wainscoting anda, gunakan kaedah semburan. Kaedah ini menghasilkan kerja cat yang lebih kemas, namun ia memerlukan sedikit latihan dan kemahiran untuk menggunakannya.
Kedua-duanya penting. Di bahagian bucu, anda boleh gunakan berus dan selebihnya gunakan roller. Untuk berus roller digalakkan untuk mengecat dalam satu arah sahaja.
Anda nakkan idea cat wainscoting? Berikut merupakan idea cat wainscoting yang anda boleh gunapakai dalam projek wainscoting anda:
Ini sahaja perkongsian kami untuk cara cat wainscoting dengan betul. Sudahkah anda mendapat inspirasi? Apa lagi, jom mulakan projek DIY wainscoting anda!