Mesti anda tertanya tanya apa itu L box siling bukan? L box siling adalah kotak atas siling yang dibuat untuk mencantikkan dekorasi lampu rumah anda. Fungsi L bix siling ini adalah untuk menampakkan lampu pada siling rumah anda teratur dan lebih mewah. Perkongsian kita pada kali ini adalah mengenai cara buat diy L box siling.
Perkongsian kali ini adalahd dari Mhd Saiful Bin Sapian. Beliau diy sendiri L box siling ini kerana tidak mahu mengupah orang untuk melakukanya.
Akhirnya, siap juga! penat naik turun tangga buat benda alah ni.
Alhamdulillah hasilnya memuaskan si isteri yang tengah sarat mengandung ketika itu.
Saya mengambil masa hampir sebulan nak buat benda alah ni. Maklumlah, DIY projek. Ada masa lapang baru buat.
Sebenarnya idea untuk membuat projek diy ini datangnya semasa menziarahi rumah abang ipar ketika itu. Dia kongsikan langkah-langkah nak buat L box ini. Katanya mudah saja, asalkan rajin. Jadi perkongsian kali ini adalah mengenai langkah mudah untuk bina sendiri L box ini tanpa minta kontraktor buatkan. Dapat jimat banyak kos membina, lebih-lebih lagi waktu perintah kawalan pergerakan (PKP) ini kita semua kena jimat. Anda boleh ikuti langkah mudah diy dibahagian gambar bawah ni.
Sukat paras menggunakan hos yang berisi air (leveling) supaya kesemua dinding sama sukatan.
Rangka pelan kedudukan lampu untuk memudahkan semasa pemasangan ini nanti.
Potong "ceiling frame" seperti di dalam gambar untuk membuat (kaki) dari siling ke bawah.
Ini adalah ni ceiling frame
Gunakan wall plug atau paku dinding "ceiling frame" untuk buat bahagian base seperti didalam gambar.
Bahagian tengah-tengah rumah kenalah buat kaki dan base seperti di dalam gambar
Selepas itu, baru skru semua "ceiling frame" bahagian base supaya rata dan kuat.
Tambah sedikit bahagian singki untuk L box, Jadi bahagian tu buat macam no 3 tadi.
Selesai ke empat-empat "ceiling frame" skru kat base. Pasang plaster board bahagian base L.
Kalau sudah selesai pasang plaster board, tutup lubang dan ratakan dengn plaster cornice.
Senangkan? jangan lupa masukan wire dalam L box untuk lampu.
Ini adalah sedikit sebanyak yang dapat kongsikan kepada anda semua. Semoga anda dapat hasilkan diy L box itu sendiri.