Jika dirumah anda mempunyai sebuah balkoni, elok gunakan dan manfaatkan sepenuhnya ruangan tersebut. Mempunyai ruangan balkoni ini sememangnya sangat berguna untuk dijadikan tempat bersantai dengan ahli keluarga. Jika balkoni rumah tersebut terbiar sudah pastinya akan nampak teruk.
Seperti yang dikongsikan oleh Sazilah Ahmad ini, beliau hampir 8 tahun menetap dirumah namun tidak pernah buka grill untuk bahagian balkoni tersebut. Namun, setelah sedar hampir 8 tahun tidak digunakan, Sazilah Ahmad mengambil inisiatif untuk melakukan pembaharuan pada ruangan tersebut dipanggil "Projek Balkoni".
Dah lama menetap disini dalam hampir 8 tahun. Namun, bahagian balkoni tu langsung tak disentuh apatah lagi menggunakannya. Jadi, hari ni saya membuka grill dan pintu sliding untuk melihat keadaan sekeliling
Selepas melihat balkoni ni, terdetik untuk melakukan pembaharuan dan dekorasi terhadap balkoni rumah ini. Jadi, saya menamakan projek ini sebagai "Projek Balkoni"
Projek Pembaharuan Pada Bahagian Balkoni Yang Terbiar
Inilah dia balkoni rumah saya yang berwarna koko ini. 8 tahun dah menetap disini namun grill tak pernah buka.
Projek pembaharuan ini dilakukan dengan saya mengecat semula bahagian balkoni ini dengan warna biru dan meletakkan 2 buah kipas siling yang baru.
Pada bahagian ini, saya mengambil keputusan untuk kekalkan warna yang asal. Grill pula saya cat agar nampak kembali cantik.
Pemasangan bidai kayu untuk privasi.
Last sekali, saya meletakkan karpet yang lama tidak digunakan dibahagian ini.
Hasil Projek Pembaharuan Balkoni Yang Dilakukan Ini
Alhamdulillah, selepas lama terbiar hampir 8 tahun, kini balkoni ini kembali cantik dan akan digunakan untuk dijadikan tempat bersantai.
Perabot yang lama tak digunakan kita pindah masuk kesini.
Bahagian ni simpan khas untuk cucu bermain.
Sumber : Sazilah Ahmad Sarji