Lelaki Ini Kongsi 10 Tips Rekabentuk Dapur Supaya Kemas & Cantik

Ditulis oleh

Memiliki dapur yang cantik andalah impian setiap suri rumah. Dengan adanya dapur yang cantik semangat untuk memasak itu akan lebih membuak-buak. Tetapi untuk merekebentuk dapur juga ada tips dan caranya. Perkongsian kali ini adalah dari Azizul Azli Ahmad. Perkongsiannya adalah mengenai 10 tips rekabentuk dapur supaya kemas & cantik.

10 Tips Rekabentuk Dapur Supaya Kemas & Cantik :

1. Dapur yang baik jadikan isteri kita selesa dan masak dengan penuh kasih sayang. Resepi walau 'campak campak' boleh jadi sedap bukan kepalang.

tips dekorasi dapur

2. Mesti ada ruang tingkap untuk pencahayaan masuk kedapur kita, semakin banyak cahaya. Semakin luas rasanya.

3. Tingkap juga sebagai sumber pengudaraan, biar semua bau dan udara mengalir keluar.

4. Lantai mengunakan jubin atau kayu yang tidak mudah licin dan tergelincir ketika basah.

tips dekorasi dapur

5. Jika tingkap tak cukup luas mesti ada serombong asap, jika tidak bau kari akan melekat hingga ke kusyen dan tv kita.
6. Beli alatan dapur yang kita guna bukan untuk bergaya, oven jarang digunakan tetapi cantik untuk bergaya didapur.tips dekorasi dapur
7. Pilihlah skima warna neutral kerana ia akan tahan lama menawan kita.
8. Fahami prinsip golden triangle didapur antara sink, dapur memasak dan peti sejuk (Rujuk gambar) semua ini dalam kedudukan yang betul agar mudah kerja.
tips dekorasi dapur
9. Pastikan kitchen top dari kekemasan yang keras dan tahan lama, banyak aktiviti lasak berlaku diatas permukaan kabinet ini.
tips dekorasi dapur
10. Kita hanya perlukan satu dapur sahaja, jangan mengada nak ada dua. Dry kitchen bukan budaya kita. Dapur kita masak kari, sambal belacan, kemas bagi cantik tetap menawan lepas digunakan.
Peruntukan sedikit bajet buat dapur bagi cantik dan selesa, disana kasih sayang bermula sebelum masuk perut kita.
Itu sahaja perkongsian dari Giler Deco pada kali ini. Untuk mendekorasi dan ubahsuai dapur perlukan tips dan cara yang betul supaya dapur anda kekal cantik dan ceria. Diharap dapat membantu anda dalam mereka bentuk dapur rumah anda dengan betul setelah membaca tips ini.
Adakah perkongsian ini bermanfaat? Share dan love post ini supaya anda boleh jadikan rujukan projek dekorasi anda yang seterusnya. 
Diterbitkan pada
April 11, 2021
Dikemaskini pada
April 11, 2021
Topik

Sharing Ekslusif Kami

Ikuti sosial media Giler Deco & dapatkan idea dekorasi trendy serta tips-tips menarik untuk rumah impian anda.
Logo Giler Deco
© 2024 Giler Deco Hakcipta terpelihara
• Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)
Privasi PolisiTerma & Syarat
usermagnifiercrosschevron-down linkedin facebook pinterest youtube rss twitter instagram facebook-blank rss-blank linkedin-blank pinterest youtube twitter instagram