Fenomena penanaman pokok viral sebagai dekorasi landskap halaman rumah makin menjadi kegilaan orang ramai pada ketika ini. Pokok viral ini mula mendapat permintaan yang agak tinggi semenjak bermulanya Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Ia dianggap hobi pada ketika itu kerana masa lebih banyak terluang dirumah sahaja.
Hobi sebegini tidak terkecuali cukup diminati oleh isteri kepada pelakon popular Aaron Aziz iaitu Diyana Halik yang merupakan pencinta pokok. Pokok yang dibeli dan dijaga dengan rapi oleh Diyana juga boleh dikatakan pokok yang berharga kayangan. Disebabkan harganya yang agak mahal itu, sudah semestinya ia perlu dijaga dengan baik.
Bukan itu sahaja, aktiviti menanam juga adalah terapi yang bagus buat minda dan diri kita. Namun, telatah Aaron Aziz yang agak kurang berpuas hati apabila isterinya lebih mengutamakan dan terlalu sayang dengan pokok miliknya membuatkan netizen terhibur melihat Aaron dan isterinya.
Menerusi perkongsian dilaman Instagram miliknya sendiri. Beliau kelihatan berleter sambil merakam gelagat isterinya yang lebih mengutamakan pokok-pokok kesayangan sebelum keluar bersamanya.
Pokok pokok pokok pokok pokok pokok!!!!!! Pindah duduk hutan je la. #abgmalasnaktegur #Abgtegursecarahalus #AbgbolehmintaktolongkawanJinnsiramkan @diyanahalik
Isterinya, Diyana, kelihatan sangat gigih untuk memastikan pokok-pokoknya diuruskan oleh dirinya sendiri tanpa bantuan dari anak-anak. Walaupun pada ketika itu waktu sudah lama untuk keluar bersama, beliau sempat lagi memastikan semua pokok miliknya sentiasa terjaga dan disiram dengan air secukupnya pada setiap hari.
Netizen juga turut mengeluarkan komen-komen yang agak kelakar pada video yang dikongsi oleh Aaron Aziz itu yang mendapat tontonan lebih 300,000 tontonan dan begitu banyak reaksi yang mencuit hati di ruangan komen posting tersebut.
Itu sahaja perkongsian pada kali ini. Semoga bermanfaat.