Tips Ganti Paku Dinding Dengan "Nano Double-Sided Tape"

Ditulis oleh

Ramai yang tahu sebenarnya penggunaan paku pada dinding rumah tidak begitu disarankan kerana akan merosakkan dinding rumah. Perkongsian kali ini adalah dari Sitiawa Mohd Noor yang ingin berkongsi mengenai tips ganti paku dinding dengan "nano double-sided tape".

Apa yang menyebabkan paku dinding ini tidak digalakkan untuk digunakan adalah kerana rumah anda akan berlubang secara kekal. Perkara itu akan mencacatkan dinding rumah anda. Jadi seeloknya anda perlu menggunakan tape yang bersesuaian dengan rumah anda bagi menjaga dinding.

Pastikan tape yang anda guna itu merupakan tape yang kekal lama bukan yang mudah tercabut. Jom sama-sama kita saksikan perkongsian tips yang ingin dikongsi.

Tips Ganti Paku Dinding Dengan "Nano Double-Sided Tape" :

Tips ganti paku dinding dengan nano double-sided tape. Akhirnya misi dekorasi bilik bujang adik bongsu telah berjaya disempurnakan. Penangguhan sejak tahun lepas adalah disebabkan oleh pencarian idea untuk mengelakkan penggunaan paku pada dinding.

Anda boleh nampak kesan lama lubang akibat penggunaan paku pelbagai saiz membutakan dinding rumah anda kelihatan tidak cantik.

Disarankan anda menggunakan "Multifunctional Strongly Sticky Double-Sided Adhesive Nano Tape" sebagai ganti penggunaan paku. Korang boleh lekat nano tape ini di setiap sudut bingkai, cermin, remote control, peralatan bilik air dan barang dekorasi.

Boleh dapatkannya di shopee.

Link Shopee :

Tape ini sangat sesuai digunakan di dalam rumah sewa yang mana tuan tanah tidak membenarkan sebarang tebukan pada dinding rumah mereka. Mesti selama ini anda tahan hati nak berdekorasi di dinding rumah kan?

Guna tape bersaiz 3 sentimeter lebar dan 3 meter panjang. Harga cuma RM9.11 segulung.

Kelebihan menggunakan nano tape ini adalah:

  • Kekuatan gam yang melekat kuat.
  • Warnanya lut sinar.
  • Sangat mudah dibuka semula tanpa menanggalkan cat dinding (bergantung jenis dinding).

Barang dekorasi dan perabot kebanyakannya dibeli dari Eco Shop, Mr. D.I.Y, Kaison, Romantika, KK Home Deco, Starbucks dan Ikea.

Inilah adalah hasil penuh dekorasi bilik menggunakan tape ini.

Itu sahaja perkongsian kita untuk hari ini. Diharap dapat membantu anda untuk mendekorasikan rumah anda.

 

Adakah perkongsian ini bermanfaat? Share dan love post ini supaya anda boleh jadikan rujukan projek dekorasi anda yang seterusnya. 
Diterbitkan pada
Mac 6, 2021
Dikemaskini pada
Mac 6, 2021
Topik

Sharing Ekslusif Kami

Ikuti sosial media Giler Deco & dapatkan idea dekorasi trendy serta tips-tips menarik untuk rumah impian anda.
Logo Giler Deco
© 2024 Giler Deco Hakcipta terpelihara
• Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)
Privasi PolisiTerma & Syarat
usermagnifiercrosschevron-down linkedin facebook pinterest youtube rss twitter instagram facebook-blank rss-blank linkedin-blank pinterest youtube twitter instagram