Diy Almari yang dilengkapi dengan ruang laci besar ini merupakan salah satu perabot yang diidamkan oleh semua masyarakat di Malaysia. Dengan adanya almari ini bersertakan laci yang besar sangat berguna, tambahan pula dapat meletakkan banyak barang didalam almari tersebut.
Didalam internet, seorang warganet malaysia yang dikenali sebagai Encik Ayob telah pun membuatkan almari ini untuk kegunaan anak-anaknya. Beliau telah membuat almari ini semasa pkpb dilaksanakan di tempat beliau. Beliau menyatakan bahawa membuat almari tersebut adalah aktiviti pada waktu pkpb tersebut.
Beliau juga telah berkongsikan tips-tips diy almari yang dilengkapi dengan ruang laci didalam laman Facebook beliau dengan orang ramai. Kos membuat almari ini adalah sebanyak RM1500 dan tempoh dibuat adalah 2 bulan musim pkp. Jom kita tengok perkongsian beliau.
1.Jenis Kayu
2. Susun Atur Tapak Almari
– Lekatkan playwood di dinding menggunakan braket L
3. Alignment Dan Balancing
4. Buat Kerangka Laci
5. Set Up Laci
6. Testing Pintu
– Pemegang pintu beli di Shopee iaitu wardrobe handle (aluminium material)
7. Tambah Ruang Bagasi Tingkat Atas
– Buatkan ruang tambahan bagasi pada tingkat atas dan rapatkan dengan siling. Kemaskan tempat skru dengan woodfiller. Pastikan kering dan kikiskan dengan kertas pasir sebelum melakukan proses mengecat.
8. Proses Mengecat
9. Set Up Ruang Laci
10. Memasang Border
– Proses memasang border ataupun dipanggil wood edging strips akan dilakukan. Barang boleh didapatkan di lazada atau shopee. Tampal guna wood glue. Letak gam dekat kayu, pastikan ada kain basah. Jika masa lekat gam tu terkeluar sikit dari kayu, boleh lap cepat-cepat. Jadi tidak mengering dekat kayu luar dan mencomotkan kayu.
Itu sahaja perkongsian daripada Giler Deco. Semoga artikel ini dapat memberikan anda serba sedikit vara-cara untuk membuat diy almari yang dilengkapi dengan ruang laci besar ini. Semoga berjaya semua dan good luck !!
Sumber : DIY Almari Waktu PKPB