Bilik yang lama dan usang jangan disangka kekal usang selamanya. Itu yang dilakukan oleh Esyima Zamri dalam design bilik tidur lama kepada dekorasi yang moden dan menarik. Untuk perkongsian kali ini adalah mengenai transformasi bilik lama kepada bilik bakal pengantin yang menarik.
Pengantin baru pasti mahukan bilik yang cantik dan nampak menarik sempena majlis raja seharinya. Mempunyai rumah lama atau bilik lama tidak semestinya anda perlu membeli rumah baru. Tidak salah anda cuba keluarkan modal sendiri untuk renovate dan dekorasikan bilik anda supaya nampak lebih cantik dan menarik.
Sejujurnya jikalau mahu transformasikan bilik anda bajet yang diperlukan tidaklah begitu besar kalau anda cuba transformasikan sendiri. Dengan itu, anda dapat berjimat sedikit daripada mengupah orang sudah pastinya memerlukan bajet yang agak besar. Agak menarik juga apa yang dilakukan oleh Esyima ini dalam mengubah bilik lama dan jadikan yang baru. Jom sama-sama kita saksikan beberapa gambar menarik yang Giler Deco mahu kongsikan untuk anda!
Jom sama-sama kita ikuti perkongsian yang menarik ini.
Ini adalah keadaan bilik tidur sebelum proses ubahsuai dilakukan dengan gaya dan konsep baru.
Ini juga adalah keadaan bilik tidur sebelum diubahsuai dengan gaya baru. Memaang kelihatan agak tidak begitu kemas.
Ini adalah keadaan selepas bilik tidur ini selesai diubahsuai dengan konsep dan dekorasi bilik tidur yang baru dan cantik.
Itu sahaja perkongsian untuk dari Giler Deco untuk anda pada perkongsian kali ini. Diharap dengan perkongsian transformasi ini dapat memberi inspirasi kepada anda dalam mendekorasikan bilik lama kepada bilik baru.