Pernahkah anda terfikir untuk menambah bilik di rumah anda namun ruangan yang sangat terhad menjadi penghalang? Apa kata anda menambah bilik anda dengan mengikuti konsep trend terkini iaitu bilik di loteng. Konsep idea bilik di loteng ini sangat cantik, jimat dan kemas.
Ia merupakan dekorasi yang sangat cantik dan praktikal malah unik untuk semua. Sudah tentu idea bilik di loteng akan menjadi ikutan orang ramai terutamanya mereka yang mahu memanfaatkan ruangan rumah untuk nampak moden dan menarik.
Bilik di loteng sangat cantik dan selesa tambahan pula dengan ruangan bilik yang minimalis dan menarik. Tetapi, harus diingatkan bahawa idea ini memang sesuai untuk rumah yang mempunyai ketinggian bumbung yang tinggi dan luas. Kebanyakkan rumah yang sesuai untuk pembinaan bilik ini adalah rumah teres dengan siling yang tinggi.
Disini saya sertakan 14 contoh idea menarik bilik di loteng untuk anda semua
[foogallery id="5424"]
Untuk menjadikan sesebuah loteng itu berkualiti, kukuh dan selamat, pastikan anda memilih material yang digunakan itu berkualiti tinggi. Disamping itu, pembinaan juga penting iaitu teknik binaan dan asas ukuran memainkan peranan yang penting dalam menghasilkan dekorasi bilik di loteng ini.
Diharap dengan perkongsian ini dapat menbantu anda semua bersedia untuk menbuat bilik di loteng di rumah anda.
Semoga bermanfaat untuk anda semua!!!
Sumber : Pinterest
Ingin membaca artikel seterusnya?
Baca juga :- 3 Trik Simple Dekorasi Mewah Dengan Menggunakan Barang MR DIY