Tips Mudah Baiki Siling Reput Guna Cara DIY

Ditulis oleh

Masalah burung bersarang diatas siling rumah ini memang tidak dapat dielakkan lagi. Biasanya burung yang suka bersarang diatas bahagian siling tersebut adalah burung merpati. Terdapat keburukan juga apabila burung bersarang atas siling rumah ini. Salah satunya adalah akan menyebabkan bahagian siling yang dibuat sarang itu menjadi cepat reput. Perkongsian pada kali ini adalah dari Muzaffar Masor. Perkongsiannya pula adalah mengenai cara mudah baiki siling reput guna cara diy.

Jom sama-sama kita ikuti cara simple untuk baiki siling reput yang cukup mudah ini.

 

Cara Mudah Baiki Siling Reput

 

Diy baiki siling. Cara tukang tak pro.

Ini semua salah burung. Tumpang buat sarang dekat sini. habis luruh siling. Dah tambah satu kerja nak kena buat. Siapa ada tips nak halau burung selain pindah rumah?

 

Ini adalah bahagian siling reput dalam bilik air akibat dari burung bersarang pada kawasan tersebut.

cara mudah baiki siling reput

Masalah burung diatas siling ini kalau hanya duduk sahaja tak bawak daun tak apa. Pernah juga kutip 3 guni daun atas siling mereka buat sarang.

cara mudah baiki siling reput

Bahagian siling reput tadi dipotong untuk digantikan dengan siling yang baru.

cara mudah baiki siling reput

Kos untuk proses ini menjadi lebih jimat disebabkan oleh lebihan siling lama masih ada dan dapat digunakan.

cara mudah baiki siling reput

Jaring diletakkan bagi mengukuhkan lagi siling tersebut.

Proses seterusnya pula adalah dengan memotong siling kepada bentuk lengkung, selepas itu sambung sikit-sikit.

Proses penyambungan telah siap dilakukan.

Proses seterusnya pula adalah dengan membuat plaster.

Nampak tak betapa jinaknya burung ni. Tengah duduk buat kerja pun dia datang.

Siap proses mengecat. Harap-harap tahan la lagi 10 tahun.

Itu sahaja perkongsian kita pada kali ini. Semoga bermanfaat.

 

Adakah perkongsian ini bermanfaat? Share dan love post ini supaya anda boleh jadikan rujukan projek dekorasi anda yang seterusnya. 
Diterbitkan pada
November 21, 2021
Dikemaskini pada
November 21, 2021

Sharing Ekslusif Kami

Ikuti sosial media Giler Deco & dapatkan idea dekorasi trendy serta tips-tips menarik untuk rumah impian anda.
Logo Giler Deco
© 2024 Giler Deco Hakcipta terpelihara
• Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)
Privasi PolisiTerma & Syarat
usermagnifiercrosschevron-down linkedin facebook pinterest youtube rss twitter instagram facebook-blank rss-blank linkedin-blank pinterest youtube twitter instagram