Make Over Kabinet Dapur Lama Dengan Bajet Hanya RM40!

Ditulis oleh

Sesebuah dapur tidak akan lengkap tanpa ada kabinet dapur. Umumnya, kabinet dapur digunakan untuk meletakkan perkakasan pinggan mangkuk atau juga bahan-bahan masakan. Jika anda mempunyai kabinet dapur yang usang, jangan dibuang kerana ianya masih boleh di-make over supaya kekal cantik dan warna tidak lusuh.

Posting Giler Deco  kali ini adalah mengenai perkongsian daripada Erna Ezaety Bahar di laman Facebook. Beliau telah make over kabinet dapur rumah beliau sehingga nampak seperti kabinet baru. Lebih menarik lagi, kos yang dipakai oleh beliau kurang daripada RM40.

Make over macam ni harga lagi murah dari nak beli almari baru tapi dapat hasil yang WOWW macam kabinet harga ribu ribuu
‍‍‍‍‍‍‍Untuk almari macam ni guna dalam 2 tin cat yang 1L. Harga 1 tin cat tak sampai RM20 pun

Barang-barang yang digunakan:

  • Cat 1L- 2 tin
  • Pemegang pintu (handle)
  • Kayu shiplap
  • Gam kayu

Make over kabinet lama menjadi baru

 

 

Lepastu kita tampal kayu shiplap dekat pintu almari untuk dapatkan effect border yang exclusive
Tak payah susah2 paku, kita guna gam kayu je
‍‍‍‍‍‍‍Tukar sikit handle dia BOOMM terus jadi kabinet baru macam harga beribu

 

Anda juga boleh menggantikan pemegang kabinet lama dengan yang baru untuk nampak lebih kemas dan cantik. Untuk pemilihan warna pula, anda boleh memilih mana-mana warna kesukaan anda. Untuk perkongsian ini, wanita ini menggunakan warna green emerald. 

Hasil sebelum dan selepas

 

 

Cantik dan kemas kan hasil tangan wanita ini. Barang-barang yang digunakan oleh beliau juga memang mesra poket. Ibu-ibu di rumah pun boleh cuba idea dekorasi ini. Semoga perkongsian kali ini bermanfaat. Jangan lupa kongsikan posting ini.

Adakah perkongsian ini bermanfaat? Share dan love post ini supaya anda boleh jadikan rujukan projek dekorasi anda yang seterusnya. 
Diterbitkan pada
November 17, 2021
Dikemaskini pada
November 17, 2021

Sharing Ekslusif Kami

Ikuti sosial media Giler Deco & dapatkan idea dekorasi trendy serta tips-tips menarik untuk rumah impian anda.
Logo Giler Deco
© 2024 Giler Deco Hakcipta terpelihara
• Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)
Privasi PolisiTerma & Syarat
usermagnifiercrosschevron-down linkedin facebook pinterest youtube rss twitter instagram facebook-blank rss-blank linkedin-blank pinterest youtube twitter instagram