Rumah yang cantik dan kelihatan sentiasa berseri adalah datang dari pemilik rumah yang sentiasa menjaga rumah kediaman mereka. Hal ini kerana, dengan lakukan beberapa pengubahsuaian dan deco rumah, ianya dapat menghasilkan satu mood yang agak ceria dan selesa untuk anda dan keluarga anda menetap. Perkongsian pada kali ini adalah dari seorang pereka design dalaman rumah yang bernama Syarafuddin Othman. Perkongsiannya pula adalah mengenai idea ubahsuai ruang tamu gaya wainscoting.
Jom sama-sama kita ikuti perkongsian deco rumah menggunakan gaya wainscoting dan tona warna gelap yang cukup menarik ini.
Alhamdulillah.
Siap projek baru, kali ini rumah jiran ya. Hasil menimba ilmu dalam group ini, jadi inilah hasil deco yang tak seberapa.
Ini adalah keadaan sebelum bahagian dinding rumah yang ingin dilakukan wainscoting tersebut.
Proses-proses memasang bingkai wainscoting tersebut mula dilakukan.
Keadaan dinding setelah wainscoting selesai dipasang dan dicat.
Ada yang bertanya, warna apakah yang digunakan? Warna yang digunakan adalah dark grey dan dark teal.
Keadaan dinding ruang tamu selepas selesai diubahsuai. Dengan konsep penggunaan frame gambar pada bahagian tengah dinding, ia membuatkan deco pada bahagian ini dilihat lebih menarik.
Keadaan dinding dari pandangan lebih dekat.
Keadaan dinding yang diubahsuai dari sudut pandangan sisi.
Itu sahaja perkongsian Giler Deco untuk anda pada kali ini. Diharap dengan perkongsian menarik ini sedikit sebanyak dapat membantu anda dalam mencari idea dan sumber inspirasi untuk deco rumah kediaman.
Semoga perkongsian ini bermanfaat.