Rumah adalah kawasan yang sangat penting untuk memastikan keluarga anda mempunyai tempat untuk berteduh. Walaupun rumah yang anda diami itu kecil dan kelihatan lama, faktor itu bukanlah menjadi penghalang untuk menghasilkan satu dekorasi rumah tersendiri supaya kelihatan baru dan menarik semula. Perkongsian pada kali ini adalah dari Echaa Stella II. Perkongsiannya pula adalah mengenai idea ubahsuai rumah ruang kecil lama hasilkan "Home Sweet Home" kelihatan mewah.
Jom ikuti perkongsian deco rumah cara diy yang menarik ini.
Nak buat wainscoting jenis kayu tak ada siapa nak tolong, suami tak reti katanya. Buat sendiri saja la wainscoting tipu-tipu dan jimat. Semua ini saya buat sendiri sahaja tanpa bantuan suami, eh! ada suami tolong saya cat. Nak tunggu dia buat sendiri lambat lagi.
Alhamdulilah Home Sweet Home. Walaupun rumah kecil sahaja tak seberapa asalkan keluarga kecilku ada rumah untuk berteduh.
Tema deko ikut citarasa sendiri.
Bahagian dinding rumah dan sofa sebelum diubahsuai.
Bahagian dinding rumah setelah shiplap wall dan dinding wainscoting bajet gaya tersendiri dihasilkan. Kerusi sofa juga ditukar baru.
Keadaan bahagian ruang tamu menonton tv sebelum diubahsuai.
Ruang tamu selepas diubahsuai dengan konsep lebih menarik dan mewah.
Pandangan lebih dekat kawasan ruang tv.
Pandangan dari sudut perspektif ruang tamu rumah.
Corak wainscoting dinding yang dihasilkan dilihat sangat premium seperti rumah mewah.
Keadaan bahagian penjuru ruang tamu.
Ruang rehat sebelum diubahsuai.
Ruang rehat selepas diubahsuai.
Ruang makan sebelum diubahsuai.
Bahagian ruang makan dengan hiasan cermin pada dinding selepas diubahsuai.
Ruang makan dari sudut pandangan sisi.
Laluan ke bilik sebelum diubahsuai.
Laluan ke bilik selepas diubahsuai.
Pintu bilik juga di deco dengan gaya wainscoting.
Ruang dinding ke tandas selepas diubahsuai.
Itu sahaja perkongsian pada kali ini. Semoga bermanfaat.