Cara Pasang Wainscoting Mengikut Jenis

Ditulis oleh
0

Tidak dinafikan wainscoting merupakan satu dekorasi dinding yang semakin mendapat tempat di kalangan rakyat Malaysia. Sebelum ini, kita hanya dapat lihat wainscoting di rumah-rumah mewah sahaja. Namun, sejak semakin ramai membuat perkongsian cara pasang wainscoting di sosial media, wainscoting menjadi projek DIY yang paling viral terutamanya sewaktu PKP tempoh hari.

Kredit: Amani ALMaashri

Sebelum memasang wainscoting, anda harus melihat beberapa perkara penting  untuk menjadikan projek DIY anda berjalan lancar. 

Apa itu wainscoting?

Antara perkara yang wajib anda tahu ialah jenis-jenis wainscoting yang boleh anda lakukan. Di sini kami bincangkan  kebaikan, keburukan, harga, ketahanan dan cara pemasangan untuk setiap jenis wainscoting. Jom baca perkongsian ini.

Kredit: Marchia Rech

Suatu ketika dahulu, wainscoting digunakan sebagai satu solusi untuk mana-mana dinding yang mempunyai masalah kelembapan, terutamanya bahagian dinding bawah. Namun kini, wainscoting digunakan secara meluas sebagai hiasan dinding. 

Nampak menarik dan mewah, itulah daya tarikan utama wainscoting. Jika di awal kemunculan wainscoting, hanya kayu oak terpilih sahaja akan dijadikan kayu wainscoting, namun seiring dengan perubahan zaman dan teknologi semakin banyak material dihasilkan untuk dijadikan wainscoting.

Jenis wainscoting dan cara pasang wainscoting untuk setiap jenis

Wainscoting PVC Foam

Kredit: Idea Deko Cara Jimat

Info

Wainscoting PVC foam ini diperbuat daripada span

Cara pemasangan

Langkah 1: Lukis petak menggunakan kad manila atau kadbod

Langkah 2: Lekatkan kadbod pada dinding, kemudian sapukan gam di bahagian belakang PVC wainscoting.

Langkah 3: Lekatkan PVC wainscoting mengikut kadbod atau kad manila yang dah dilekatkan di dinding supaya PVC foam tersebut menjadi lurus cantik. Tujuannya hanya sebagai penanda sahaja.

Langkah 4: Di bahagian hujung PVC, gunakan pembaris 45 darjah dan gunting untuk menyambung PVC menjadi bentuk petak.

Kebaikan wainscoting PVC foam

  • Sangat murah dan ringan
  • Mudah dipasang
  • Kalis air

Kekurangan wainscoting PVC foam

  • Mudah penyek
  • Sukar untuk kembali kepada bentuk asal
  • Tidak tahan lama
  • Akan mengecut disebabkan cuaca

Harga

Harga wainscoting PVC bermula daripada RM6.00 dan ke atas bergantung kepada
corak dan panjang wainscoting tersebut.

Ketahanan

Walaupun lasak, material PVC ini bukanlah opsyen yang terbaik jika anda inginkan wainscoting yang tahan lama. Namun sekiranya anda seorang yang mudah bosan dengan gaya dekorasi yang sama, pilihlah PVC agar mudah untuk anda menukar gaya dinding rumah di masa hadapan.

Wainscoting PVC Roll

Kredit: SIti Aisyah

Info

Menggunakan plastik PVC atau polyurethane (PU) 

Cara pemasangan

Langkah 1: Buat ukuran terlebih dahulu mengikut ukuran yang diingini dan lukis lakaran sementara di dinding.

Langkah 2: Memotong setiap bucu menggunakan pembaris segitiga 45° darjah.

Langkah 3: Sapu gam di belakang wainscoting tersebut.

Langkah 4: Lekatkan wainscoting yang sudah digam mengikut garisan yang dilukis tadi di dinding.

Kebaikan wainscoting PVC roll

  • Tidak perlu dicat kerana PVC roll datang dalam pelbagai warna
  • Lebih ringan
  • Tak mengecut

Keburukan wainscoting PVC roll

Harga yang mahal

Harga

Harganya lebih mahal berbanding PVC foam. Untuk kepanjangan 8 kaki, harganya bermula RM30 sehingga RM50

Ketahanan 

Tahan lama dan kalis air

Wainscoting Kayu

Kredit: Pembekal Kayu Wainscoting

Info

Bahan digunakan untuk menghasilkan wainscoting jenis kayu ini adalah kayu Nyatoh. Wainscoting kayu perlu dilicinkan permukaannya menggunakan kertas pasir dan perlu dicat untuk mendapat hasil yang menarik. Pemasangan wainscoting kayu memerlukan masa dan juga tahap kesabaran yang tinggi untuk disiapkan.

Cara pemasangan

Langkah 1: Ukur keluasan dinding rumah yang ingin memasang wainscoting.

Langkah 2: Lakaran sementara untuk rujukan pada dinding.

Langkah 3: Memotong kayu mengikut lakaran yang dilakar pada dinding.

Langkah 4: Untuk cantuman, boleh gunakan pembaris 45° darjah.

Langkah 5: Cantumkan semua kayu yang dipotong menjadi bentuk bingkai

Langkah 6: Dengan berhati-hati, lekatkan kayu pada dinding dan lekatkan sedikit masking tape untuk memastikan lebih melekat.

Langkah 7: Isikan ruang kosong pada bucu wainscoting menggunakan filler untuk kemasan.

Langkah 8: Gosokkan kayu menggunakan kertas pasir yang bertujuan untuk menanggalkan filler yang berlebihan

Langkah 9: Mengecat bahagian wainscoting kayu dahulu. Selepas itu, baru cat pada bahagian dinding. Untuk lebih cantik dan menarik, cat dinding untuk beberapa lapisan lagi.

Kebaikan wainscoting kayu

Sangat tahan lasak berbanding material lain

Kekurangan wainscoting kayu

Tidak kalis air dan akan mengembang jika terkena air

Harga

Harga bergantung kepada panjang yang dikehendaki. Kebiasaannya hanya RM2.00 untuk satu kaki, namun upah kerja memasang mungkin lebih mahal berbanding material lain.

Ketahanan

Dari segi ketahanan, ia boleh bertahan selama bertahun-tahun jika rumah tiada masalah dengan serangga anai-anai. 

Wainscoting PU atau Plaster

Kredit: Lindsay Kim

Cara pemasangan

Cara memasang wainscoting PU ini lebih kurang sama dengan cara pemasangan wainscoting PVC

Kebaikan wainscoting PU

  • Kalis air
  • Anti anai-anai

Kekurangan wainscoting PU

  • Mudah patah
  • Sukar untuk mengikut permukaan dinding
  • Sukar untuk dipotong dan memerlukan kemahiran

Harga

Harganya lebih kurang sama dengan harga wainscoting PVC

Ketahanan

Tahan lama jika dipasang dengan teliti

Setelah pemasangan wainscoting siap, anda bolehlah mulakan projek mengecat wainscoting pula. Selamat mencuba!

0
Diterbitkan pada
Februari 9, 2022
Dikemaskini pada
Mac 13, 2022

Sharing Ekslusif Kami

Ikuti channel sosial media Giler Deco & dapatkan idea dekorasi trendy serta tips-tips menarik untuk rumah impian anda.

Anda Mungkin Juga Berminat

Artikel Terbaru

Logo Giler Deco
© 2024 Giler Deco Hakcipta terpelihara
• Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)
Privasi PolisiTerma & Syarat
usermagnifiercrosschevron-down linkedin facebook pinterest youtube rss twitter instagram facebook-blank rss-blank linkedin-blank pinterest youtube twitter instagram