Situasi darurat pada ketika ini untuk negeri-negeri yang terlibat dengan bencana banjir ketika amat membimbangkan semua pihak. Hal ini kerana, sudah pasti apabila kawasan yang dilanda banjir akan mengakibatkan kerosakan menyeluruh yang agak teruk dari segi rumah kediaman, kenderaan, harta benda dan barangan elektronik.
Namun, perkara yang paling membimbangkan dan menjadi kerisuan ramai pihak adalah kenderaan yang dimasuki air banjir. Apa yang perlu dilakukan semasa kenderaan dimasuki air? Adalah kenderaan masih boleh diselamatkan?
Jadi disini Giler Deco mahu kongsikan beberapa tips 9 tips menyelamatkan kereta daripada rosak akibat banjir dan langkah yang boleh dipraktikkan untuk menyelamatkan kereta anda.
9 Tips Menyelamatkan Kereta Daripada Rosak Akibat Banjir
Sebelum Tenggelam :
- Jika kenderaan sudah tiada jalan dan pilihan untuk dibawa ke tempat yang lebih tinggi dan ekzos kereta masih belum dimasuki air, anda boleh menutup lubang ekzos tersebut dengan menyumbatnya menggunakan sesuatu yang padat dan kalis air. Sebagai contoh, menutup dan tekup menggunakan plastik.
- Cabut terminal bateri kereta terlebih dahulu, hal ini kerana, kita tidak tahu berapa lama kenderaan tersebut akan dibiarkan disitu tanpa dihidupkan sementara menunggu banjir surut.
- Selamatkan barang-barang penting terutamanya barangan yang mudah rosak apabila terkena air. Sebolehnya, selamatkan kesemua barangan yang boleh diselamatkan kerana air banjir bukanlah air biasa tetapi air yang datang bersama lumpur dengan arus yang agak deras.
Ketika Tenggelam :
Jangan hidupkan enjin kenderaan yang telah dimasuki air banjir terutama sekali apabila ianya sudah menutupi ekzos kenderaan dan bahagian enjin. Elakkan juga dari memandu kenderaan untuk mengharungi banjir. Perkara tersebut bukan sahaja merosakkan kereta, malah, ia juga dapat membahayakan; keselamatan dan nyawa anda.
Selepas Surut Banjir :
- Selepas banjir surut, jangan cuba untuk hidupkan enjin terlebih dahulu. Kenderaan yang dihidupkan akan menyebabkan kerosakan pada bahagian dalaman enjin dan mengakibatkan kos yang besar untuk dibaiki.
- Hubungi lori tunda untuk menunda kereta ke bengkel. Komponen utama seperti enjin dan transmission kemungkinan rosak. Boleh jadi rosak teruk atau sedikit. Walau bagaimanapun, enjin tidak perlu overhaul, hanya flush minyak enjin beberapa kali.
- Jika sistem transmission jenis manual, maka prosesnya lebih kurang sama seperti enjin tadi. Flush minyaknya beberapa kali sampai tiada air di dalamnya. Boleh rujuk mekanik yang pakar untuk lebih mudah. Mungkin perlu flush tiga hingga lima kali atau lebih. Namun jikalau sistem transmission jenis auto, anda mungkin mempunyai masalah besar. Kemungkinan perlu overhaul atau jika lebih teruk dari itu, ia tidak dapat diselamatkan lagi. Anda mungkin terpaksa tukar gear box baru dan lain-lain.
- Kusyen kereta seperti biasa akan berbau busuk dan kotor akibat lumpur. Anda tiada jalan lain selain mencucinya sendiri atau mengupah orang untuk mencucinya. Sesetengah bengkel biasanya ada menyediakan khidmat mencuci kenderaan akibat banjir, namun, kos mencucinya agak mahal kerana mereka terpaksa membuka sarung kusyen kereta dan mencuci dengan teliti secara menyeluruh.
- Selepas selesai dicuci, ia belum cukup menjamin bau lumpur dan kotoran akan hilang dengan serta merta. Tetapi, lama kelamaan bau itu akan hilang juga. Buat sementara waktu, boleh sembur Febreeze untuk mencegah bakteria yang menyebabkan baru lumpur tersebut.
Berapakah Kos Membaiki Kereta Akibat?
Mengenai kos membaiki kereta akibat kesan banjir, ia bergantung kepada keadaan enjin sama ada boleh dihidupkan atau tidak. Kos pembaikan akan menjadi tinggi jika komponen dalaman enjin banyak rosak disebabkan air yang memasuki saluran enjin tersebut.
Bagi memastikan tidak dikenakan bayaran yang tidak masuk akal semasa membaiki kereta, pilihlah bengkel diuruskan oleh mekanik profesional yang menyediakan perkhidmatan berpatutan dan tidak mengambil kesempatan terhadap situasi yang dialami ketika ini.
Semoga tips ini bermanfaat.
Baca juga : Cara Mudah Baiki Dinding Lembap Menggunakan Pentens Dr. Wall