Perkataan wainscoting boleh dikatakan tidak asing bagi penggemar dekorasi rumah di seluruh dunia. Wainscoting adalah papan nipis yang digunakan untuk menghias dinding bagi menjadikan sesuatu dekorasi rumah itu nampak lebih menarik. Jadi kali ini Giler Deco ingin berkongsi 30 idea kreatif wainscoting yang menarik untuk anda sebagai inspirasi dekorasi rumah masing-masing.
Wainscoting ini boleh didefinisikan sebagai susunan bingkai yang dipasang pada dinding mengikut corak kesukaan pemilik rumah masing-masing. Wainscoting bukanlah benda baru kerana di negara eropah sudah berkurun lamanya mereka menggunakan kaedah ini untuk mendekorasikan rumah masing-masing.
Perkembangan era globalisasi pada masa kini serta kemajuan teknologi, kemodenan zaman dan kuasa viral. Wainscoting mula mendapat perhatian semula di seluruh dunia termasuk di Malaysia. Wainscoting mula menjadi popular adalah disebabkan oleh reka bentuknya yang agak moden dan mewah tetapi boleh dibeli dengan harga mampu milik. Dengan wujudnya wainscoting ini, dinding rumah anda tidak lagi nampak suram, kosong dan dinding rumah anda akan nampak lebih ceria bila dipandang.
[foogallery id="5697"]
Itu sahaja perkongsian yang ingin dikongsi oleh Giler Deco pada perkongsian kali ini. Diharap perkongsian kali ni dapat memberi manfaat kepada anda untuk mendekorasikan rumah masing-masing dengan menggunakan kaedah wainscoting ini supaya rumah anda kelihatan lebih menarik apabila dipandang.