Semua orang mahu memiliki rumah yang cantik tidak kira di kawasan bahagian luar rumah mahupun di bahagian dalam rumah. Rumah anda akan lebih nampak menarik jika anda pandai mendekorasinya dengan teliti. Sejujurnya kebanyakan pemilik rumah ada terdetik di dalam hati untuk membina kolam di bahagian rumah tetapi tidak tahu di mana tempat yang sesuai untuk membina kolam tersebut.
Selain itu , faktor kawasan rumah anda yang ruangnya tidak berapa besar juga mempengaruhi anda untuk melupakan hasrat membina kolam tersebut. Untuk membina kolam memerlukan tempat yang sesuai dengan keselesaan anda kerana apabila dipandang nanti akan menampakkan keunikan rumah kita disamping kecantikan kawasan kolam yang anda dekorasikan itu.
Pembinaan Kolam ini tidaklah memerlukan bajet yang besar jikalau anda bijak menguruskan kewangan anda . Rumah yang kecil pun mampu mempunyai kolam yang cantik, yang paling penting anda memiliki idea yang cukup kreatif. Jadi kali ini Giler Deco mahu berkongsi sedikit idea kreatif mengenai 18 dekorasi kolam rumah dengan bajet rendah yang menarik untuk anda semua. Mungkin dengan dekorasi yang Giler Deco kongsikan ini mampu menyumbang idea untuk anda semua dalam mendekorasikan kolam rumah masing-masing.
[foogallery id="5561"]
Diharap perkongsian kali ini mampu menghadirkan idea anda untuk anda membina kolam di rumah anda. Semoga bermanfaat.
Sumber : MalaysiaHomie