Penggunaan botol kitar semula bukan saja dapat menyelamatkan alam sekitar tetapi juga dapat menghasilkan pelbagai jenis barangan. Untuk pengetahuan anda, botol plastik adalah sejenis objek pejal yang sangat susah untuk dilupuskan. Ia juga boleh dikatakan objek pejal yang mengambil masa paling lama iaitu ratusan tahun untuk lupus sepenuhnya. Jika di rumah anda terdapat banyak botol plastik yang kosong, seeloknya jangan terus dibuang begitu sahaja. Anda boleh manfaatkannya dengan menjadikannya pasu bunga. Jadi hari ini Giler Deco mahu berkongsi 15 dekorasi pasu bunga guna botol kitar semula.
Botol terbuang yang tidak digunakan masih boleh dikitar semula menjadikan sesuatu yang menarik seperti pasu bunga. Pengolahan barangan terbuang ini banyak yang dapat anda hasilkan mengikut kreativiti anda tersendiri tetapi anda perlulah rajin dan mempunyai masa terluang untuk membuatnya.
Walaupun kadangkala anda rasa agak rumit untuk dibuat kerana kurang mahir. Anda boleh cuba buat sesuatu yang ada rasa mudah seperti pasu bunga. Penghasilan pasu bunga menggunakan botol tidaklah begitu rumit. Sangat simple sahaja sebenarnya. Jom sama-sama kita saksikan 15 dekorasi pasu bunga hanya dengan menggunakan botol kitar semula yang menarik untuk anda lihat sebagai inpirasi dalam menggunakan botol kitar semula ini.
[foogallery id="7122"]
Itu sahaja perkongsian yang Giler Deco dapat kongsikan kepada anda untuk perkongsian pada hari ini. Diharap dengan perkongsian diy yang cukup menarik ini dapat memberikan sumber inspirasi dan idea kepada anda dalam menggunakan barangan dan botol yang boleh tukar dikitar semula. Dengan melakukan perkara sebegini ekosistem barangan plastik susah lupus ini akan lebih berfungsi dari dibuang merata.