10 Cara Berkesan Halang Cicak Ceroboh Kediaman Anda

Ditulis oleh

Pasti anda tertanya-tanya bukan, apakah 10 cara berkesan untuk halang cicak dari masuk ke kediaman rumah kita. Tertebih dahulu, cicak merupakan antara binatang yang tidak digemari tetapi sering menjadi ‘penghuni’ rumah kita selain tikus dan lipas. Meskipun bertubuh kecil, kehadiran haiwan ini sebenarnya boleh mendatangkan bahaya dan kekotoran pada rumah kita sekiranya terus dibiarkan membiak. Perkongsian kali ini adalah mengenai 10 cara berkesan halang cicak ceroboh kediaman anda.

Antara dua perkara yang kurang digemari terhadap cicak iaitu bunyinya yang kadang-kala boleh membuatkan kita atau anak-anak kecil menjadi terkejut dan najisnya yang banyak dan boleh memenuhi ruang serta mengotorkan rumah.
Untuk anda di luar sana yang runsing dengan masalah cicak di rumah anda dan bingung dengan kaedah untuk mengelak dari haiwan ini memasuki kediaman anda.

Perkongsian kali ini kami bawakan cara berkesan yang dikongsi oleh Dr Hani Mynis di laman Facebooknya tentang 10 cara menghilangkan cicak dari rumah.

10 Cara Berkesan Halang Cicak Ceroboh Kediaman Anda :

Hani tahu ramai yang tunggu hani post pasal pengurusan cicak kat rumah ni. Hani anti kat cicak ni bukan lah sebab semata-mata sebab geli dengan cicak tapi najis nya yg merata-rata tu mengotorkan dan susah nak dibersihkan bila dah kering.

Punyalah hani anti (dan geli) dengan cicak, ha hambik satu post hani buat khas utk dia
haha

Sebelum hani kongsi macam mana nak elak atau taknak cicak masuk rumah ni, jom kita berkenalan dengan cicak ni dulu. Kita dah kenal dia baru kita boleh “hapus”kan.

Biodata cicak

  • Makanan cicak : binatang/serangga kecil seperti semut, nyamuk, lalat, kumbang, unggas, labah-labah kecil.
  • Pemangsa cicak: burung
  • Habitat cicak : Tempat yang hangat (disebabkan sekarang ini musim hujan sebab itu banyak cicak masuk rumah, dorang sejuk kat luar), belakang almari, belakang tv, sekitar peti ais, sekitar lampu, belakang bingkai gambar dan cermin.
  • Kesukaan : persekitaran yang kotor, tempat yang berbau hapak seperti timbunan kertas terutamanya surat khabar, timbunan kasut, timbunan baju
  • Kebencian : bau yang tengik seperti bau bawang merah, bawang putih, tembakau, cuka, ubat gegat

10 cara nak elakkan cicak berkampung kat rumah kita.

  • Hilangkan bekalan makanan cicak kat rumah kita , iaitu kita uruskan dulu masalah nyamuk dan semut yang banyak kat rumah. Gunakan racun semut (yang jual sepeket rm1 tu sangat berkesan) dan hapuskan tempat pembiakan nyamuk. Bila bekalan makanan dia takda kat rumah kita automatik cicak akan berkurang atau takda lansung. Hani gunakan cara ni juga yang menyebabkan kat rumah hani susah nak jumpa cicak.
  • Disebabkan cicak takut dengan burung, bela burung di rumah! Eh eh tidak perlu sampai macam itu sekali memadai sediakan jejak burung seolah-olah ada burung kat rumah kita dengan cara:

Letak beberapa kulit telur burung puyuh pada area tingkap atau mana tempat cicak boleh masuk. Dia nampak saja telur burung puyuh, confirm tak jadi masuk rumah.

Lekatkan bulu pelepah burung di tempat masuk cicak. Kalau mahu cantik boleh letak bulu pelepah burung merak lekat kan dinding jadikan perhiasan.

Disebabkan cicak suka lepak belakang almari dan bingkai cermin dan dinding, semasa susun atur perabot jangan rapatkan perabot kat dinding. Jarakkan dalam 10 cm dari dinding. Kalau di rumah banyak cicak, kurangkan perhiasan sangkut-sangkut macam bingkai cermin dan gambar.

Jaga kebersihan rumah, pastikan tong sampah bertutup. Sebab bila sampah dan sisa makanan tarik perhatian lalat, automatik cicak pun datang ramai-ramai panggil 'geng' dia sebab banyak makanan dia kat rumah.

Elakkan suka melonggok barang samada kain-kain, kertas dan kasut. Kitar semula surat khabar lama. Re-organise semua barang supaya teratur dan berada di rumah dan tempat khas untuk setiap barang.

Letakkan beberapa ulas bawang putih atau hirisan bawang merah dalam kabinet. Tapi ini kena berhati-hati sebab perlu ditukar selang 3 hari. Kang membusuk lain pulak jadinya.

Letak ubat gegat dalam kabinet atau laci. Tapi laci/kabinet berisi makanan tidak digalakkan.

Lap permukaan meja makan/ kaunter kabinet dengan semburan campuran cuka (diy surface cleaner) untuk elakkan cicak melintas atas meja makan kita

Cara membuat d.i.y surface cleaner:

  •  250ml air biasa (air paip)
  • 50ml cuka (cuka murah2 je cuka sintetik pn ok)
  • 3 sudu plastik dish soap (hn guna Joy)
  • 1 sudu plastik dettol

Guna pelekat perangkap lalat. Boleh beli di Eco. Tampalkan di sebelah peti ais atau belakang tv, bingkai cermin atau gambar. Cicak akan melekat kat atas pelekat tu dan kita boleh buang bila dah ada beberapa cicak melekat. Tak digalakkan utk org penggeli cicak mcm hani hahaha hani x berani buat ni

Bela kucing sbb kucing boleh tolong tangkap cicak, bukan setakat cicak kadang2 sumpah2 pun dorang boleh “hadiahkan” kat tuan dia

So pilihlah cara yang mana satu yang nak diguna untuk singkirkan cicak kat rumah.

Semoga bermanfaat.

Kredit: Hani Mynis

 

Adakah perkongsian ini bermanfaat? Share dan love post ini supaya anda boleh jadikan rujukan projek dekorasi anda yang seterusnya. 
Diterbitkan pada
Disember 6, 2020
Dikemaskini pada
Disember 6, 2020
Topik

Sharing Ekslusif Kami

Ikuti sosial media Giler Deco & dapatkan idea dekorasi trendy serta tips-tips menarik untuk rumah impian anda.
Logo Giler Deco
© 2024 Giler Deco Hakcipta terpelihara
• Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)
Privasi PolisiTerma & Syarat
usermagnifiercrosschevron-down linkedin facebook pinterest youtube rss twitter instagram facebook-blank rss-blank linkedin-blank pinterest youtube twitter instagram