Tak Perlu Jahit Lagi Lencana Sekolah Anak-Anak, Cukup Dengan Buat Cara Ini Sahaja. Yang Penting Cepat Dan Mudah...

Ditulis oleh

Pernahkah anda mengalami kesukaran untuk menjahit lencana pada baju sekolah anak-anak anda?

Malahan pula, musim persekolahan baru saja menutup tirai pada tahun 2020. Namun ibu bapa sudah pun pening memikirkan nak cari baju sekolah anak-anak nya kerana  tahun baru sudah hampir tiba dan sudah pasti akan ada di kalangan ibu bapa yang akan berebut baju sekolah antara satu sama lain.

Semestinya anda pernah merasai betapa susahnya apabila dapat membeli baju sekolah anak-anak pada saat akhir kerana kita sebagai ibu bapa perlu memastikan semua kelengkapan anak-anak sudah cukup sempurna.

Apabila baju sekolah anak-anak lambat dibeli, maka lencana sekolah di baju mereka akan lambat untuk siap kerana kita perlu hantar baju tersebut di kedai jahit untuk menjahit lencana sekolah itu di baju sekolah mereka.

Walaupun begitu, sudah pasti setiap masalah pasti akan ada jalan penyelesaiannya. Untuk pengetahuan anda, Puan Lia Johari ada berkongsikan cara-cara yang ringkas serta mudah untuk menampalkan lencana sekolah pada baju sekolah anak beliau. Jom kita sama-sama ikuti perkongsian darinya.

TAMPAL LENCANA SEKOLAH ANAK-ANAK DENGAN CEPAT

Hai ibu-ibu sekalian.
Sekolah nak buka tak lama dah kan..
Kepada yang tak jahit lagi lencana sekolah anak hampa,meh kami nak share cara mudah tampal lencana dan tanda nama anak hampa pada baju uniform sekolah depa.
Tak perlu jarum dan benang atau tak perlu nak hantar tailor bagai.
Actually,kami pun dapat tahu cara ni last year dr perkongsian FB jugak,tak ingat sapa yg share.
Tapi memang mudah dan sekejab je,tak sampai 5 minit siap.

CARA-CARA MELAKUKANNYA

1. Bahan-bahan yang di perlukan: Gam UHU, kertas (apa-apa jenis kertas pun takpa), lencana sekolah, tanda nama dan semestinya seterika.

2. Letak gam UHU kat belah belakang lencana, jangan letak sampai melebihi tau,agak-agak ja. Letakkannya di sekeliling dan pastikan ianya serata dengan elok.

3. Lepas tu, masa nak gosok tu, lapikkan bahagian dalam baju/poket dengan kertas. Tujuannya untuk elak daripada melekat kat bahagian dalam.

4. Lapik dengan kain/tuala nipis masa nak iron. Sambil tu angkat iron dan check sama ada lencana tu lekat elok ke tak, kalau ada bahagian yang tak kena gam tu, tambahkan balik gam. Dan kemudian gosok balik.

5. Taaadaaaaa...siap dah! Mudah dan cepat je kan nak tampal lencana sekolah ni.

 

Sekian saja perkongsian min pada kali ini. Diharapkan dengan perkongsian ini dapat memberikan manfaat kepada para pembaca di luar sana.

Kredit : Lia Johari

Baca juga : Jimat Duit Anda Dari Membeli Rak Baju Yang Mahal, Jom Kita DIY Sendiri Rak Baju...

 

Adakah perkongsian ini bermanfaat? Share dan love post ini supaya anda boleh jadikan rujukan projek dekorasi anda yang seterusnya. 
Diterbitkan pada
Disember 21, 2020
Dikemaskini pada
Disember 21, 2020
Topik

Sharing Ekslusif Kami

Ikuti sosial media Giler Deco & dapatkan idea dekorasi trendy serta tips-tips menarik untuk rumah impian anda.
Logo Giler Deco
© 2024 Giler Deco Hakcipta terpelihara
• Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)
Privasi PolisiTerma & Syarat
usermagnifiercrosschevron-down linkedin facebook pinterest youtube rss twitter instagram facebook-blank rss-blank linkedin-blank pinterest youtube twitter instagram