Bercakap tentang dekorasi atau makeover rumah kampung. Emak mana yang tidak gembira dengan perubahan dapur kayu lama kepada dapur moden yang di makeover oleh anak perempuannya sendiri. Makeover yang dibuat oleh anak perempuannya itu sangat cantik. Mesti anda tidak akan menyangka bahawasanya dapur rumah berdindingkan papan playwood mampu diubah menjadi dapur idaman untuk Emaknya. Kali ini Giler Deco mahu berkongsi satu perkongsian dari Wati Mahfut mengenai makeover dapur rumah untuk emaknya di kampung.
Tercapai juga hajat nak makeover dapur rumah mak di kampung. Semuanya kami diy sendiri ambil masa jugalah untuk siapkan dalam masa dua hari.
Nampak macam mudah tapi tidak semudah yang disangkakan sebab rumah kampung kan. Tambah-tambah lagi emak-emak kita ni kalau boleh semua benda dia nak simpan dekat dapur.
Untuk makeover rumah ataupun dapur memang memerlukan daya kreativiti bagi mendapatkan hasil yang cantik dan menarik. Seperti yang dilakukan oleh wanita ini. Semuanya mereka dekorasikan sendiri mengikut daya kreaviti mereka. Dengan membuat makeover sendiri, sedikit sebanyak anda dapat mengurangkan kos untuk anda makeover dapur. Jom sama-sama kita saksikan makeover yang dilakukan oleh wanita ini.
Ini adalah gambar asal yang belum diubahsuai olehnya. Memang nampak betul-betul daya dapur kampung kan?
Ini adalah bahagian dinding dapur belah kanan. Barang dapur semua dialihkan untuk memudahkan proses makeover.
Ini adalah hasil selepas makeover ruang dapur tersebut. Sangat cantik dan tidak langsung nama macam dapur kampung. Sungguh moden.
Ini adalah gambaran disebelah kanak bahagian dapur. Dari dinding dapur playwood kini diubah dengan tampalan kertas hiasan dinding dengan dekorasi batu bata. Menarik bukan?
Padangan jelas bahagian dapur tempat letakkan barangan memasak seperti gula, garam dan cerek dan sebagainya. Jelas nampak menarik dekorasi yang dihasilkannya.
Ini pula dekorasi yang di makeover pada bahagian ruang bucu dapur tersebut. Lukisan itu dibuat. Nampak berseni dan cantik untuk dekorasi dapur ini.
Itu sahaja perkongsian kita untuk hari ini, Diharap dapat memberi inspirasi kepada anda dalam menghias rumah dan dapur untuk ibu-bapa anda dikampung. Selamat mencuba demi kebahagian orang tua kita di kampung.