Sebut pasal korea memang semua orang mengenalinya. Tidak kira dari segi makanan, hiburan dan bermacam lagi. Sememangnya korea banyak memberi pengaruh besar buat masa sekarang. Jadi perkongsian kita untuk hari ini adalah dari Kartina Marlynna Francis mengenai projek diy cara membuat coffee table ala-ala Korea. Jom sama sama kita ikuti perkongsian yang ingin dikongsi.
Ini adalah Peralatan yang digunakan dalam merealisasikan coffee table ala-la korea. Jangan lupa skru, gam kayu untuk ikat dan cantum rangka-rangka meja.
Ini adalah Rangka atas. Masa ni kayu ditengah-tengah belum diletakkan lagi.
Ini adalah rangka bawah. Jemur sampai ia betul-betul kering.
Rangka atas dan bawah yang sudah selesai proses menjemur. Hanya tinggal proses untuk cantumkanya pula.
Rangka meja yang sudah dicantum. selepas itu pasang playwood sebelah atas rangka. Roda kecil 4 biji dipasang di setiap bucu sebelah bawah rangka.
Proses mengeringkan gam kayu dibawah sinaran matahari supaya gam betul-betul kering.
Proses Under coat.
Bahan/peralatan :
1. Cat under coat untuk kayu.
2. Berus dan bekas untuk cat.
3. Thinner (untuk cairkan cat).
4. Stick kayu.
Proses mengecat.
1. Cat minyak kayu warna putih.
2. Thinner ( untuk cairkan cat yang pekat).
3. Berus cat dan bekas untuk cat.
4. Stick untuk kacau cat supaya tidak berketul.
Cat baru kering dan baru bawa masuk ke dalam rumah.
Bahan untuk hiasan dan pemurnian.
1. Tiles sticker (beli dari NINSO).
2. Binding tape hitam.
3. Acrylic tape.
4. Gunting (untuk gunting sticker).
Pandangan dari sudut atas:
Pandangan dari sisi :
Hasil yang sudah siap :
Itu sahaja perkongsian kita untuk hari ini. Diharap dapat membantu anda dalam cuma membuat diy meja ala-ala Korea ini.
Baca juga : Idea Dan Tips Dekorasi Bilik Air Kecil Setaraf Hotel 5 Bintang