Dekorasi rumah yang menggunakan cermin sudah tidak asing lagi di malaysia pada masa kini. Cermin boleh dikatakan satu benda yang sangat penting untuk setiap rumah. Boleh dikatakan 5 peratus sahaja pemilik rumah yang tiada cermin di rumah. Selain digunakan untuk kemaskan diri, cermin juga sering digunakan untuk mencantikkan rumah dengan dekorasi-dekorasi yang menarik di dinding. Jadi kali ini Giler Deco mahu berkongsi satu perkongsian dari Huda Mimie mengenai diy feature wall.
Jika dahulu penggunaan feature wall atau dinding kaca ini biasanya digunakan oleh golongan bangsawan yang mempunyai rumah mewah sahaja. Tetapi pada masa kini hanya bermodalkan bawah RM200 pun anda mampu untuk mendekorasikan rumah dengan dinding kaca.
Apa yang menarik dilakukan oleh pasangan ini adalah mereka mendekorasikan ruang makan dengan dekorasi feature wall yang sangat cantik. Jom sama-sama kita ikuti bagaimana pasangan ini dekorasikan rumah menggunakan feature wall ini.
Cermin yang digunakan adalah cermin Eco sahaja yang berharga rm2. Untuk menampakkan cermin itu panjang, cantumkan cermin tersebut terlebih dahulu. Untuk proses lekatkan cermin, anda boleh gunakan double side dan untuk lekatkan kayu anda perlu guna gam kayu.
Proses menampal cermin di dinding hampir selesai dilakukan.
Ini adalah hasil yang belum siap
Proses penampalan yang hampir siap, hanya tinggal 5 peratus sahaja lagi.
Proses mengecat dinding apabila cermin siap di pasang dan di tampal.
Proses mengecat pun sudah selesai. Tinggal touch-up sikit-sikit untuk menampakkan seri pada dinding.
Inilah hasil yang 100% siap ! Gambar penuh dilampirkan dibawah ini.
[foogallery id="8445"]
Itu sahaja perkongsian dari Giler Deco untuk anda pada kali ini. Di harap dengan membaca artikel ini dapat memberikan idea dan inspirasi kepada anda dalam mendekorasikan rumah anda dengan dekorasi dinding feature wall ini. Semoga bemanfaat.
Baca juga : Wanita Ini Kongsikan Tips DIY Wainscoting Homemade Untuk Dinding Ruang Rehat Yang Menarik!