Memiliki ruangan dapur basah semestinya menjadi idaman untuk para-para wanita diluar sana. Namun, jika diserta sekali ruangan dapur basah dengan bilik dobi ataupun dipanggil "laundry area" pasti akan menjadi berita yang menggembira buat mereka.
Dengan adanya 2 ruangan tersebut pastinya sangat menjimatkan ruang sedia ada. Macam yang dilakukan oleh Ryna Kaftan ini iaitu beliau telah membuat satu dekorasi. Dekorasi tersebut adalah dekorasi ruangan dapur basah dengan bilik dobi "laundry area".
Menurutnya beliau, ruang dapur basah tersebut merupakan bahagian belakang rumah yang sempit. Disebabkan ruang yang sempit, maka ia sesuai dijadikan sebagai tempat untuk ruangan dapur basah dan juga laundry area. Jom ita tengok hasil perkongsian daripada beliau.
Asalnya belakang rumah yang sempit ..idea untuk jadikan bilik dobi dan dapur basah jadi kenyataan. walaupun sempit tapi selesa
Gambar Asal
Gambar dibawah merupakan gambar keluasan area belakang rumah saya. Nampak sempitkan? Jadi, saya memutuskan untuk jadikan belakang ini tempat dapur basah + "laundry area". 2 in 1 orang kata.
Dekorasi Dapur Basah + Ruang "Laundry Area"
Inilah dia dekorasi ruang dapur basah dan ruang dobi dirumah saya ini. Daripada ruang rumah yang sempit diubah dan dijadikan sebagai tempat ruang dapur basah dan juga ruang "laundry area".
Ini pula merupakan bahagian "laundry area". Senang lepas masak atau makan, boleh membasuh baju atau menunggu baju yang sedang dibasuh. Tidak perlu ulang-alik banyak tempat. Hehe
Ruangan "laundry" tu dekat jer. Belakang tu jer. Sebaris dengan dapur basah ini.
Antara hiasan-hiasan yang digunakan untuk menaikkan lagi seri dekorasi ruangan ini.
Ini sahaja perkongsian daripada Giler Deco untuk kali ini. Diharap anda mendapat inspirasi dan mengetahui cara untuk deko dapur basah anda semua sama seperti yang dilakukan oleh Ryna Kaftan ini.
Semoga bermanfaat untuk semua.
Sumber : Ryna Kaftan