Rumah kampung atau juga dikenali sebagai rumah kampung papan pasti sudah ramai mengenalinya. Boleh dikatakan rumah kampung papan pada masa kini mulai dilupakan. Pada masa kini pula sudah ramai tidak menggunakan konsep gaya ini untuk mendekorasi dan membina rumah. Perkongsian pada kali ini adalah dari seorang isteri dan juga merupakan seorang ibu yang bernama Ujie NorzieNordin. Perkongsiannya adalah mengenai upgrade rumah kampung papan berusia 50 tahun kepada gaya "klasik moden".
Jom sama-sama kita ikuti perkongsian menarik yang ingin dikongsikan oleh pemilik rumah ini.
Upgrade rumah kampung yang usianya mencecah 50 tahun.
Ini adalah padangan dari luar keadaan rumah kampung yang menggunakan seratus peratus konsep kayu papan yang sangat menarik. Dalamannya sangat cantik dan menarik. Jom saksikan dibawah ini.
Ini adalah keadaan susunan pasu di luar rumah dengan kemas dan rapi.
Ini pula adalah keadaan dalaman rumah kampung papan ini sebelum penambahbaikan dijalankan dengan konsep kampung wainscoting simple.
Ini adalah keadaan dinding rumah semasa proses wainscoting sedang dilakukan.
Proses-proses memasang wainscoting sedang dijalankan dengan lebih tekun. Dibantu juga oleh anak-anak mereka.
Ini adalah keadaan dinding selepas wainscoting selesai dipasang.
Ini pula keadaan ruang tamu selepas perabot dibawa masuk kembali.
Ini adalah keadaan deco ruang tamu pada siang hari. Cantik bukan?
Keadaan ruang santai.
Itu sahaja perkongsian yang ingin dikongsi oleh Giler Deco untuk anda pada perkongsian kali ini. Diharap dengan perkongsian yang menarik ini sedikit sebanyak mampu membantu anda dalam mencari sumber inspirasi dan idea kepada anda semua. Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk anda dalam deco rumah kampung papan.