Tinggal dirumah lama memang banyak yang anda perlu perbaiki sekiranya anda mahu mengubahsuai rumah anda. Terutamanya kawasan tandas atau bilik air, kawasan ini memang senang menjadi perhatian orang kerana ruang ini sering digunakan oleh semua orang. Bilik air yang cantik sudah semestinya mampu memberi keselesaan kepada penggunanya bukan? Perkongsian Giler Deco pada kali ini adalah dari seorang Ibu yang bernama Ainon Sidi. Perkongsiannya adalah mengenai ubahsuai tandas lama kepada tandas duduk moden.
Tidak salahnya kalau anda membaiki tandas rumah anda sendiri. Setidaknya dapat jugalah memperbaharukan kawasan yang mana anda rasa perlu diperbaharui. Seperti yang dilakukan oleh pemilik rumah ini. Beliau telah menukarkan tandas lama rumahnya iaitu dari tandas jenis mencangkung kepada tandas jenis duduk dengan gaya moden dan cantik.
Jadi jom sama-sama kita ikuti perkongsian yang ingin dikongsi ini.
Bilik air mak cik dah siap. Deco-deco sikit. Apa perlu mak cik tambah bunga ke bagi berseri. Design ini dari idea anak-anak mak cik. Dulu bilik air makcik tandas cangkung. Ni mak cik ubah lah tandas duduk bagi memudahkan mak cik yang dah berumur ni.
Ini adalah keadaan ruang bilik air sebelem proses ubahsuai dilakukan dengan konsep baru. Ketika ini bilik air jenis mencangkung.
Ini adalah keadaan ruang tandas selepas diubahsuai. Jenis yang dibuat selepas diubahsuai adalah bilik air jenis duduk. Cantik bukan?
Bilik air semasa proses ubahsuai.
Bilik air setelah selesai diubahsuai.
Keadaan luar bilik air sebelum proses.
Keadaan selepas diubahsuai.
Itu sahaja perkongsian yang ingin dikongsi oleh Giler Deco untuk anda pada kali ini. Diharap perkongsian ini dapat membantu anda dalam cuba untuk mendekorasikan rumah dan bilik air anda.