Rumah lama tidak semestinya akan kekal kelihatan lusuh selamanya. Ada sesetengah pemilik rumah mengambil masa yang agak lama bagi mencantikkan rumah mereka. Hal ini kerana, faktor kewangan yang kurang stabil menyebabkan anda memerlukan masa untuk memastikan rumah anda kelihatan baru dan cantik. Perkongsian pada kali ini adalah dari Fida De Ross. Perkongsiannya pula adalah mengenai ubahsuai rumah teres lama gaya accent wall.
Jom sama-sama ikuti perkongsian menarik ini.
Syukur pada Allah atas kurnian rezeki buat kami sekeluarga.
Ini adalah dekorasi rumah pada tahun 2014 yang lalu. Kediaman pertamanya adalah pada tahun 2006 dan kini sudah 2021, 15 tahun sudah berlalu. Rumah teres 2 tingkat (rumah tengah) dengan keluasan 1400 kaki persegi. Disinilah mereka sekeluarga berteduh dari anak 2 orang sampai la sudah jadi 4 orang anak mereka.
Ruang penjuru dinding setelah diubahsuai dengan gaya cermin wainscoting yang agak menarik. Cat yang digunakan adalah Jotun Sheer Grey. Peredaran zaman silih berganti. Begitu juga la dengan cara hiasan rumah, ia juga berganti mengikut peredaran masa. Mereka juga tidak terkecuali mengikut peredaran hiasan rumah dengan gaya terkini.
Ini pula adalah bahagian ruang tamu pada tahun 2014.
Dekorasi ruang tamu pada tahun 2018
Dekorasi ruang tamu pada tahun 2021. Sangat cantik dan kelihatan mewah hasil deco yang dilakukan. Untuk penggunaan accent wall itu mereka 3 beranak abadikan hasil sentuhan itu untuk jadikan kenangan. Sebenarnya dalam hidup kita, Kalau sesuatu yang kita minat, In Shaa Allah menjadi, janji jiwa kena kental dengan tekad yang kuat mahu hasilkannya.
Ruang menonton tv pada tahun 2014.
Deco ruang menonton tv pada tahun 2018.
Inilah hasil deco ruang menonton tv pada tahun 2021.
Bahagian bawah tangga pada tahun 2014.
Dekorasi ruang santai pada tahun 2018.
Deco ruang makan pada tahun 2014.
Deco pada tahun 2018.
Hasil terbaru deco ruang makan pada tahun 2021. Proses ubahsuai ini makan masa 5 hari juga untuk siapkan accent wall ini. Mereka hanya belajar dekat YouTube sahaja. Bahagian meja makan itu jadikan ruangan pejabat. Sambil balas email, sambil buat report, beliau sempat lagi memasak juga.
Itu sahaja perkongsian pada kali ini. Semoga bermanfaat.