Ubahsuai Rumah Teres Kecil Guna Konsep Minimalis Lembut

Ditulis oleh

Balik rumah je mesti serabut dengan dekorasi rumah yang membosankan dan nampak serabut. Walaupun hakikatnya rumah yang kecil dan biasa-biasa sahaja berbanding rumah mewah yang lain, wanita ini membuktikan ia bukanlah satu halangan untuk kita untuk menjadikan kediaman tersebut lebih menarik dan sedap mata memandang. Perkongsian pada kali ini adalah dari Effa Nazri. Perkongsiannya adalah mengenai ubahsuai rumah teres kecil guna konsep minimalis lembut.

Dapur yang berminyak  dan nampak kotor pun boleh nampak baru apabila disental dan dicuci dengan peralatan yang murah tetapi berkualiti. Barangan-barangan ini  mudah untuk didapati Eco,Diy dan Shopee,hujung jari je.Jadi,korang kena lihat sendiri sebelum dan selepas gambar rumah ini!

Ubahsuai Rumah Teres Kecil :

 

Assalamualaikum semua. Nak share rumah kecil kami rumah jenis teres. Deko yang tak seberapa, dinding dan ruang rumah pun banyak kosong, tak de sofa sebab nak rumah nampak luas, hias slow-slow ikut bajet yang ada.

Rumah ni bos suami bagi untuk pekerja duduk, walaupun bukan rumah sendiri… kitaorang tetap deko dan hias, baru la selesa nak duduk. Sebelum ni pekerja bujang duduk dan slalu bertukar ganti, so banyak sangat barang dalam rumah ni.

Jom kita sama-sama ikuti cara kreatif dan inovatif wanita ini dalam menghias rumah.

Ini adalah keadaan sebelum dan selepas ubahsuai rumah lama ni dengan konsep baru yang cantik.

Barang-barang seperti jam,wallpaper dan pokok hiasan semuanya boleh didapati di diy,ecoshop dan shopee.

Basuh sink dan cat balik dinding tandas supaya tak nampak suram.

Dinding sental guna magic span+sabun kuning eco, lantai sental guna stain remover eco, kolah guna wallpaper eco.

Dinding sental guna magic span+sabun kuning eco, lantai sental guna stain remover eco, kolah guna wallpaper eco.                               Sebelum VS Selepas (Dapur)

Kalau dapur sudah jadi macam ini, makin kerap suri rumah ke dapur untuk masak.

 

 

 

Adakah perkongsian ini bermanfaat? Share dan love post ini supaya anda boleh jadikan rujukan projek dekorasi anda yang seterusnya. 
Diterbitkan pada
Julai 7, 2020
Dikemaskini pada
Julai 7, 2020

Sharing Ekslusif Kami

Ikuti sosial media Giler Deco & dapatkan idea dekorasi trendy serta tips-tips menarik untuk rumah impian anda.

Anda Mungkin Juga Berminat

Logo Giler Deco
© 2024 Giler Deco Hakcipta terpelihara
• Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)
Privasi PolisiTerma & Syarat
usermagnifiercrosschevron-down linkedin facebook pinterest youtube rss twitter instagram facebook-blank rss-blank linkedin-blank pinterest youtube twitter instagram