Rumah adalah satu tempat yang sangat penting bagi setiap orang tidak kira golongan bujang mahu pun golongan yang sudah berkahwin. Tanpa rumah tiadalah tempat untuk anda berteduh. Jadi sekiranya anda mempunyai rumah sendiri manfaatkanlah dengan cuba untuk deco sekiranya anda mempunyai duit lebih. Itu semua adalah untuk keselesaan anda sekeluarga juga. Perkongsian pada kali ini adalah dari Rezuan Muhammad Shariff. Perkongsiannya pula adalah mengenai ubahsuai rumah subsale lama kepada gaya simple elegan.
Jom ikuti perkongsian deco rumah subsale yang menarik ini.
Alhamdulillah.
Tahun lepas hanya tinggal di rumah sewa, tahun ini dapat juga merasai tinggal di rumah sendiri. Beli rumah subsale sahaja. Hasil titik peluh kami laki bini kumpul duit sikit-sikit nak bagi elok rumah.
Masih ada banyak lagi yang nak kena adjust dan tambah sikit-sikit. Walaupun kami tinggal bertiga sahaja tapi meriah itu lain macam.
Cat putih kami kekalkan keadaan asal. Yang lain-lain itu ada perabut lama dan perabut baru.
Renovate tukar sliding door ke safety door pintu depan dan pintu dapur. Renovate dapur table top dan kitchen cabinet. Yang lain-lain tambah lampu dan kipas.
Ini adalah keadaan ruang tamu sebelum ubahsuai ruang tamu dilakukan.
Ini pula adalah keadaan ruang tamu rumah setelah diubahsuai.
Ruang tamu ini adalah jenis memanjang.
Suasana ruang tamu rumah selepas dideco.
Ini adalah keadaan ruang santai.
Ini pula adalah konsep deco pada bahagian ruang makan.
Ini adalah keadaan ruang dapur sebelum proses ubahsuai dilakukan.
Ruang dapur setelah deco ruang dapur diterapkan.
Itu sahaja perkongsian deco rumah pada kali ini. Semoga bermanfaat.