Rumah sewa adalah rumah sementara yang anda diami sementara menunggu rumah baru anda siap. Selain itu, biasanya orang akan menyewa sementara waktu sambil mengumpul wang untuk membeli rumah baru. Jika anda tinggal dirumah sewa yang lusuh dan lama mesti anda tidak berasa selesa bukan? Jadi tidak salahnya jika anda cuba untuk deco rumah sewa anda. Perkongsian pada kali ini adalah dari seorang penyewa yang bernama Cik Lynn. Perkongsiannya adalah mengenai ubahsuai rumah sewa kepada konsep simple moden.
Jom sama-sama kita ikuti perkongsian yang menarik ini.
Ramai cakap "rumah sewa je pun tak payah beria sangat! Tapi kita ni jenis nak selesa mata memandang tetapi nak kan yang terbaik walaupon modal tak kasar.Alhamdulillah walaupun suami jauh, dengan ada baby kecik lagi, kita try buat yang terbaik dalam 3 hari.Ambil masa satu hari untuk berkemas. Cabut, cuci rumah, tampal dinding yang lubang-lubang, betulkan paip air yang tersumbat naik turun tangga buang sampah yang penyewa lama tinggalkan.Hari ke 2, mengecat sorg-sorang ambil masa pagi sampai petang sebab sorang-sorang kan.Hari ke 3 dah start deco rumah, pasang langsir (biar simple janji dapat kepuasan) hari ke seterusnya senyum menanti suami balik dgn harapan.
Ini adalah keadaan stor sebelum diubahsuai.
Ini adalah keadaan stor selepas diubahsuai.
Ini adalah keadaan ruang tamu sebelum diubahsuai.
Ini adalah keadaan rumah sewa selepas diubahsuai.
Ini adalah keadaan dapur sebelum diubahsuai.
Ini adalah keadaan dapur selepas diubahsuai.
Keadaan sebelum diubahsuai.
Keadaan sebelum diubahsuai.
Selepas diubahsuai.
Itu sahaja perkongsian pada kali ini. Semoga bermanfaat untuk anda.