Tinggal di rumah sewa memang anda mungkin akan berfikir dua kali untuk mengubahsuai dan deco rumah anda. Mana tidaknya, kadang kala kita risau jika pemilik rumah tidak membenarkan anda untuk mengubahsuai rumahnya. Tetapi jika pemilik rumah membenarkan anda untuk mendeco, apa salahnya deco bagi cantik kan? Lagipun penyewa ini telah lama mendiami rumah ini. Perkongsian pada kali ini adalah dari Aizura Abdullah. Perkongsiannya adalah mengenai ubahsuai rumah sewa 8 tahun mendiami guna barang shopee.
Ingin berkongsi hasil deco rumah sewa kami
Dah 8 tahun kami duk rumah ni.
Tapi waktu pkp baru ada masa nak deco rumah.
Pkp tahun lepas tak boleh nak deco sebab banyak kedai tutup tapi pkp kali ini banyak kedai buka so kita ambik peluang untuk deco rumah kami ni.
Kami deco bajet sahaja sebab pintu itu kami tak tukar pun, cuma tampal wallpaper,
Sofa pun beli kat shoppee jaa dengan harga RM299Drawer tu pun beli dekat shoppee dengan harga RM120.00 kalau dekat ikea mahu RM300 lebih itu.
Bunga orkid itu saya gubah sendiri dan pasu beli kat MR DIY rm19.00 sahaja.
Kerusi kuning itu sudah berkenan teruk jadi masukkan 2 buah kerusi dan pokok itu sudah lama duk teringat. Beli kat shopee juga.
Langsir pun kami beli dekat shopee sahaja dan batang langsir itu saya gunakan batang paip yang saya cat dengan colour putih. Bajet sungguh la katakan.
Pintu bilik pun dah tak ada selera kami nak tengok jadi kami letak wallpaper juga.
Mula-mula cat colour grey saya dah mula risau sebab rumah nampak gelap tapi bila masuk colour kuning dia nampak cerah balik.
Alhamdulillah sekarang sudah cukup selesa untuk kami sekeluarga tinggal.
Ini adalah keadaan sebelum diubahsuai.
Ini adalah keadaan semasa proses.
Ini adalah keadaan selepas diubahsuai.
Link Shopee wallpaper yang digunakan pada pintu : https://shp.ee/cza8ygw
Itu sahaja perkongsian pada kali ini. Semoga bermanfaat.