Memiliki rumah kos rendah sekalipun bukanlah menjadi satu masalah jika mahu lakukan ubahsuai supaya ianya kelihatan lebih mewah dan menarik. Tidak kira rumah yang di diami itu rumah kos rendah atau sebaliknya, jika pandai lakukan deco, sudah pasti ianya mampu kelihatan mewah juga. Perkongsian pada kali ini adalah dari Suzila Meecho. Perkongsiannya pula adalah mengenai ubahsuai rumah murah kos rendah kepada gaya mewah.
Jom sama-sama ikuti perkongsian yang menarik ini.
Rumah murah kos rendah.Beli pada tahun 1986, rumahku syurgakuDeco ala kadar, asal sedap mataku memandang.
Ini adalah keadaan rumah mewah sebelum ditukar kepada dekorasi baru yang lebih mewah.
Rumah dipenuhi dengan pokok dan bunga hiasan kedai Eco.
Bila sudah terjebak dengan hiasan bunga ni rasa seperti mahu beli selalu. Inilah hasil memancing di kedai Eco sebagai hiasan untuk penuhi sudut dalam rumah.
Bunga-bunga, pokok pakis, penyapu padi, pokok bonsai, gigih kumpul cermin nak dijadikan macam itu. Apapun eco tetap dihati dan deko ini ikut kemampuan sahaja.
Itu sahaja perkongsian dari Giler Deco untuk anda pada kali ini. Diharap dengan perkongsian menarik ini sedikit sebanyak dapat membantu anda dalam cuba untuk mendekorasikan rumah dengan gaya sendiri supaya kelihatan mewah. Semoga bermanfaat untuk semua.