Memiliki menantu yang sangat rajin dalam melakukan kerja-kerja rumah adalah satu kelebihan untuk keluarga anda. Boleh dikatakan bukan semua orang minat dalam cuba untuk mengemas dan mengubahsuai kawasan bilik yang telah lama tidak diusik. Itu yang dilakukan oleh Hazwani Ghazali. Perkongsiannya adalah mengenai transformasi rumah mertua tingkat atas bajet hanya rm120.
Jom sama-sama kita ikuti perkongsian menarik ubahsuai rumah lama yang ingin di kongsi oleh wanita ini.
Transform rumah mertua tingkat atas yang sudah lama tak diusik. Rumah cluster, deco bajet bukan dari T20, M40, B40. Hanya bermodalkan RM120 untuk membeli wallpaper. Cat lebihan dari rumah saya.
Untuk deco kolah air dan lantai bilik air belum dapat idea.
Hasil tangan sepenuhnya dari seorang bergelar emak.
Ini adalah keadaan ruang tamu rumah sebelum proses ubahsuai dilakukan dengan cara bajet yang sangat menarik.
Ini pula adalah bahagian tandas dan ruang laundry bahagian atas yang akan dilakukan ubahsuai.
Keadaan laluan ke bilik air dan ruang laundry sebelum diubahsuai.
Keadaan bilik air setelah berjaya diubahsuai dengan hanya menggunakan wallpaper sahaja.
Bahagian ruang laundry dan bilik air setelah selesai ubahsuai. Cantik dan menarik ubahsuai ruang laundry dengan cara bajet yang dilakukan ini.
Pandangan lebih dekat keadaan ruang laundry setelah diubahsuai.
Keadaan laluan ke bilik air dan ruang laundry setelah proses ubahsuai selesai dilakukan.
Pandangan dari sudut perspektif laluan ke bilik air tingkat atas dan ruang laundry.
Itu sahaja perkongsian Giler Deco untuk anda pada kali ini. Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk anda dalam mencari idea untuk ubahsuai ruang rumah anda dengan cara bajet.
Selamat mendeko.