Ubahsuai Rumah Lama Seram Yang Ditinggalkan Menjadi Teratak Yang Indah!

Ditulis oleh

Mesti anda tidak pernah menyangka. Bukan semua orang sanggup untuk membeli rumah yang sudah lama ditinggalkan. Lagi-lagi apabila kawasan luar dan dalaman rumah seperti tempat tinggal pontianak. Namun itu semua langsung tidak menghalang encik Alfian Mansor untuk membina teratak syurga untuk keluarganya dengan membuat ubahsuai dengan cara tersendiri. Perkongsian yang ingin dikongsikan adalah mengenai ubahsuai rumah lama yang ditinggalkan menjadi teratak yang indah!

Apa yang menariknya adalah cara encik Alfian Mansor dalam mengubah hampir keseluruhan kawasan rumahnya itu sangat harus dipuji kerana beliau dan isteri telah berjaya menampakkan kawasan rumah yang seram menjadi rumah yang sangat cantik. Jom sama-sama kita ikuti perkongsian mengenai ubahsuai rumah lama yang seram kepada rumahku syurgaku yang menarik ini.

Kalau tengok rupa asal, kus semangat. Macam sarang kuntilanak. Siapalah yang nak beli. Jiran-jiran lama selalu kata lubuk kak pontilah, port dia test vokal mengilai lah macam-macam lagi lah.

Sudahnya, setiap kali datang seorang diri, aku pergi dekat penjuru rumah laung azan. Tapi entah kenapa, masa first time je tengok, rasa nekad nak beli. Tak pernah lagi naik seram walaupun seorang diri. Aku anggap hanya gurauan.

Bila sampai je, sudah terbayang dekat sini nak letak apa, kat sana nak buat apa. Alhamdulillah, teratak kecil inilah syurga kami sekeluarga. Kami bina sama-sama. Buat sama-sama. Suami bancuh simen, isteri buat sirap, anak buat sepah.

Ada org kata, ada duit semua boleh jadi. Tapi percayalah, tak ada usaha, duit pun tak berguna.

Ubahsuai Rumah Lama Yang Ditinggalkan :

 

Gambar 1

Seram bukan? dalam kawasan rumah pun keadaan macam ni. Memang patut kena panggil kawasan pontianak bertenggek. Ini adalah sebelum ubahsuai rumah lama dilakukan dengan gaya baru

Gambar 2

lantai bilikBilik ketiga. Habuk najis kelawar. Dekat atas jangan cerita lah dia punya meriah. Sekali jolok sudah
Macam coklat yang tumpah ke ladang gandum.

Gambar 3

Kalau anda penggemar cerita hantu, mesti anda terbayang sesuatu dekat atas tu kan?.

Gambar 4

Cornice tu memang dah luruh sebelum masuk rumah lagi dah luruh. Orang kata kalau pakai benda ni memang senang luruh. Seeloknya buang dan plaster balik dengan simen compound.

Gambar 5

lantai mozek terkiniAnda rasa mual? Nak muntah hijau? Tara! Memperkenalkan lubuk lombong emas. Siapa seluk, confirm dapat jongkong dengan biji lada. First time puan isteri tengok, kemurungan terus.

Gambar 6

dapur modenKabinet atas ni sudah dipindahkan ke sebelah kiri. Terpaksa alihkan sebab tak ada tempat untuk letakkan dapur gas nanti. Sebabnya nak pasang penyedut asap tu dah dekat sekaki, pastu letak stove pun dekat setengah kaki. jadi seeloknya memang kena alih la jawabnya.

Gambar 7

dapur modenBukan burung je bersarang, garuda pun datang bersarang sekali. Terus teringat cerita jurasic park.

Gambar 8

dapur modenIni satu lagi sarang. Pandai dia duduk cantik atas tu.

Gambar 9

Yang ni nanti boleh cerita dekat cucu. Bukti rumah atok dulu pernah dilanggar meteor dulu-dulu.

Gambar 10

Senak perut terjengket-jengket nak tanggalkan besi yag terjulur tu. Akhirnya suruh orang yang datang baiki tolong tanggalkan. Sebab kawasan tu kawasan sisa kumbahan kelawar. Habuk dia tu bertepung kalau kena.

Gambar 11

Sebenarnya, bawah ni tiles. Tapi dah terbiar lama sangat, sampai lalang pun naik. Gigihkan meracun dan menebas.

Gambar 12

Ini adalah dalam kawasan rumah. Macam manalah  aku ada iltizam yang jitu, hati yang padu, nak beli rumah ni.

Gambar 13

Anda tengoklah sendiri. Kawasan rumah dah macam kawasan sawah padi.

Gambar 14

deko rumahTengok keadaan depan rumah pun dah seram. Inikan pulah belakang rumah.

Gambar 15

deko rumahMasa ni, termenung kejap fikir nak start mana dulu. Nak start tebas dulu ke, racun dulu ke nak menangis dulu.

Gambar 16

design rumah simplePeti surat dia dah macam teropong. Dalam rumah pun nampak jelas.

Gambar 17

deco ruang tamuBenda pertama beli dan pasang. Rumah tak siap lagi, tapi puan isteri dah excited beli. Siap tumpang letak dekat kedai itu dulu sebulan. Tak ingat dah harga berapa semua ni. Tapi total semua untuk satu rumah, dalam 2.5k. Puan isteri yang sponsor.

Gambar 18

deco bilik tidurProses pembersihan najis kelawar.

Gambar 19

Keliru kejap, dia nak cat ke nak buat vendalisme. Mula-mula elok je dia mengecat, sekali papa dia masuk nak minum, keluar tgk dah rupa ini.

Gambar 20

deco ruang tamuTambak pasir untuk tanam rumput karpet. Setelah bertungkus-lumus menebas lalang dan bakar rumput semua.

Gambar 21

deco bilik tidurPecahkan sliding door, gantikan tingkap. Pintu masuk ada dua, jadi tutup terus.

Gambar 22

deco bilik tidurSatu pintu masuk lagi belah kiri. Dua pintu sudah cukup memadai.

Gambar 23

deco bilik tidurAkhirnya sudah siap tutup. Simen tu memang saja beli lebih, nak buat projek diy.

Gambar 24

deco ruang tamuDinding ni kami lukis sendiri je.

Gambar 25

deco ruang tamuGambar selepas cabut tape.

Gambar 26

deco bilik tidurSebelum undercoat. Nampak senonoh sikit lah rumah ni. Kalau tak, nampak macam menara tinjau. Boleh tengok depan dengan tepi.

Gambar 27

deco bilik tidurSelepas undercoat.

Gambar 28

deco bilik tidurTanaman pertama. Percubaan mencantikkan laman. Pokok skybird tu beli dekat cameron highland.

Gambar 29

deco ruang tamuKosong lagi. Beli masa PKP. Set up sikit-sikit. Ada bajet, baru tambah. Pelan pelan kayuh. Harga kalau ikutkan dekat kedai pakistan tu lebih kurang RM1200. Tawar Menawar dapatlah rm1100.

Gambar 30

deco bilik tidurMasuk perabot sikit-sikit. Ada duit lebih, baru beli lagi. Kerusi ni saya beli dekat kulai center point. Depan entrance cowboy. Harga dia rm1000. Free postage dan installation  satu Johor.

Gambar 31

deco bilik tidurSimen pemijak tu buat sndiri. Ukurannya dlm 1F x 2F. Satu mould tu, boleh buat untuk 4 tapak terus.

Gambar 32

deco bilik tidurKawasan ini, nak diwartakan sebagai kebun kecil.

Gambar 33

deco bilik tidurPerabut memang tak ada yang dibawa dari rumah lama, kecuali almari putih dan rak tv. Sebab rumah lama, perabot besar-besar. Masuk sini. Semua tak sesuai. Tak muat nak digayakan. Carpet tu reused dari rumah lama. Dah 6 tahun tapi masih dalam keadaan baik.

Gambar 34

deco bilik tidurCarpet tu beli dekat kedai pakistan yang kat bawah tesco kulai. Harga asal rm450.

Gambar 35

deco bilik tidurBajet untuk rumput pula cuma berpatutan. Rumput Karpet tu beli 10 x 10 je. Bila cari dapatlah dalam 1/3 luas kawasan sebenar.

Gambar 36

deco bilik tidurIni pula tempat istirehat di waktu petang.

Gambar 37

deco bilik tidurIni pula ruang tamu yang sudah siap di dekorasikan.

Gambar 38

deco bilik tidur
Yang ini pula dekorasi untuk bilik air.

Gambar 39

deco bilik tidurHasil bercucuk tanam. Akhirnya sudah tumbuh anak jadung ini.

Gambar 40

deco bilik tidurRumput karpet sudah mula naik dengan subur.

Gambar 41

deco bilik tidurAntara tanaman pertama. Habis dah bagi-bagi dekat jiran.

Gambar 42

deco bilik tidur2 bulan lepas tanam. Progress rumput ni dah 92.66% berkembang.

Gambar 43

deco bilik tidurItik-itik ni saya buat sendiri. Guna lebih simen yang dibeli untuk buat dinding tadi.

Gambar 44

deco bilik tidur
Dekorasi ala-ala studio untuk bergambar. Sesuai untuk hari raya nanti.

Gambar 45

deco bilik tidurUntuk kabin tu, dalamnya ada dua partition. Separuh buat stor, separuh lagi port anak dara ni main masak-masak dan menyepah.

Untuk gambar penuh boleh lihat dibawah ini.

[foogallery id="7604"]

Itu sahaja perkongsian kita untuk hari ini. Terima kasih kerana sudi membaca kisah pasangan yang agak panjang ini.

Adakah perkongsian ini bermanfaat? Share dan love post ini supaya anda boleh jadikan rujukan projek dekorasi anda yang seterusnya. 
Diterbitkan pada
Januari 6, 2021
Dikemaskini pada
Januari 6, 2021

Sharing Ekslusif Kami

Ikuti sosial media Giler Deco & dapatkan idea dekorasi trendy serta tips-tips menarik untuk rumah impian anda.

Anda Mungkin Juga Berminat

Logo Giler Deco
© 2024 Giler Deco Hakcipta terpelihara
• Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)
Privasi PolisiTerma & Syarat
usermagnifiercrosschevron-down linkedin facebook pinterest youtube rss twitter instagram facebook-blank rss-blank linkedin-blank pinterest youtube twitter instagram