Mesti anda tidak pernah menyangka. Bukan semua orang sanggup untuk membeli rumah yang sudah lama ditinggalkan. Lagi-lagi apabila kawasan luar dan dalaman rumah seperti tempat tinggal pontianak. Namun itu semua langsung tidak menghalang encik Alfian Mansor untuk membina teratak syurga untuk keluarganya dengan membuat ubahsuai dengan cara tersendiri. Perkongsian yang ingin dikongsikan adalah mengenai ubahsuai rumah lama yang ditinggalkan menjadi teratak yang indah!
Apa yang menariknya adalah cara encik Alfian Mansor dalam mengubah hampir keseluruhan kawasan rumahnya itu sangat harus dipuji kerana beliau dan isteri telah berjaya menampakkan kawasan rumah yang seram menjadi rumah yang sangat cantik. Jom sama-sama kita ikuti perkongsian mengenai ubahsuai rumah lama yang seram kepada rumahku syurgaku yang menarik ini.
Kalau tengok rupa asal, kus semangat. Macam sarang kuntilanak. Siapalah yang nak beli. Jiran-jiran lama selalu kata lubuk kak pontilah, port dia test vokal mengilai lah macam-macam lagi lah.
Sudahnya, setiap kali datang seorang diri, aku pergi dekat penjuru rumah laung azan. Tapi entah kenapa, masa first time je tengok, rasa nekad nak beli. Tak pernah lagi naik seram walaupun seorang diri. Aku anggap hanya gurauan.
Bila sampai je, sudah terbayang dekat sini nak letak apa, kat sana nak buat apa. Alhamdulillah, teratak kecil inilah syurga kami sekeluarga. Kami bina sama-sama. Buat sama-sama. Suami bancuh simen, isteri buat sirap, anak buat sepah.
Ada org kata, ada duit semua boleh jadi. Tapi percayalah, tak ada usaha, duit pun tak berguna.
Seram bukan? dalam kawasan rumah pun keadaan macam ni. Memang patut kena panggil kawasan pontianak bertenggek. Ini adalah sebelum ubahsuai rumah lama dilakukan dengan gaya baru
Bilik ketiga. Habuk najis kelawar. Dekat atas jangan cerita lah dia punya meriah. Sekali jolok sudah
Macam coklat yang tumpah ke ladang gandum.
Kalau anda penggemar cerita hantu, mesti anda terbayang sesuatu dekat atas tu kan?.
Cornice tu memang dah luruh sebelum masuk rumah lagi dah luruh. Orang kata kalau pakai benda ni memang senang luruh. Seeloknya buang dan plaster balik dengan simen compound.
Anda rasa mual? Nak muntah hijau? Tara! Memperkenalkan lubuk lombong emas. Siapa seluk, confirm dapat jongkong dengan biji lada. First time puan isteri tengok, kemurungan terus.
Kabinet atas ni sudah dipindahkan ke sebelah kiri. Terpaksa alihkan sebab tak ada tempat untuk letakkan dapur gas nanti. Sebabnya nak pasang penyedut asap tu dah dekat sekaki, pastu letak stove pun dekat setengah kaki. jadi seeloknya memang kena alih la jawabnya.
Bukan burung je bersarang, garuda pun datang bersarang sekali. Terus teringat cerita jurasic park.
Ini satu lagi sarang. Pandai dia duduk cantik atas tu.
Yang ni nanti boleh cerita dekat cucu. Bukti rumah atok dulu pernah dilanggar meteor dulu-dulu.
Senak perut terjengket-jengket nak tanggalkan besi yag terjulur tu. Akhirnya suruh orang yang datang baiki tolong tanggalkan. Sebab kawasan tu kawasan sisa kumbahan kelawar. Habuk dia tu bertepung kalau kena.
Sebenarnya, bawah ni tiles. Tapi dah terbiar lama sangat, sampai lalang pun naik. Gigihkan meracun dan menebas.
Ini adalah dalam kawasan rumah. Macam manalah aku ada iltizam yang jitu, hati yang padu, nak beli rumah ni.
Anda tengoklah sendiri. Kawasan rumah dah macam kawasan sawah padi.
Tengok keadaan depan rumah pun dah seram. Inikan pulah belakang rumah.
Masa ni, termenung kejap fikir nak start mana dulu. Nak start tebas dulu ke, racun dulu ke nak menangis dulu.
Peti surat dia dah macam teropong. Dalam rumah pun nampak jelas.
Benda pertama beli dan pasang. Rumah tak siap lagi, tapi puan isteri dah excited beli. Siap tumpang letak dekat kedai itu dulu sebulan. Tak ingat dah harga berapa semua ni. Tapi total semua untuk satu rumah, dalam 2.5k. Puan isteri yang sponsor.
Proses pembersihan najis kelawar.
Keliru kejap, dia nak cat ke nak buat vendalisme. Mula-mula elok je dia mengecat, sekali papa dia masuk nak minum, keluar tgk dah rupa ini.
Tambak pasir untuk tanam rumput karpet. Setelah bertungkus-lumus menebas lalang dan bakar rumput semua.
Pecahkan sliding door, gantikan tingkap. Pintu masuk ada dua, jadi tutup terus.
Satu pintu masuk lagi belah kiri. Dua pintu sudah cukup memadai.
Akhirnya sudah siap tutup. Simen tu memang saja beli lebih, nak buat projek diy.
Dinding ni kami lukis sendiri je.
Gambar selepas cabut tape.
Sebelum undercoat. Nampak senonoh sikit lah rumah ni. Kalau tak, nampak macam menara tinjau. Boleh tengok depan dengan tepi.
Selepas undercoat.
Tanaman pertama. Percubaan mencantikkan laman. Pokok skybird tu beli dekat cameron highland.
Kosong lagi. Beli masa PKP. Set up sikit-sikit. Ada bajet, baru tambah. Pelan pelan kayuh. Harga kalau ikutkan dekat kedai pakistan tu lebih kurang RM1200. Tawar Menawar dapatlah rm1100.
Masuk perabot sikit-sikit. Ada duit lebih, baru beli lagi. Kerusi ni saya beli dekat kulai center point. Depan entrance cowboy. Harga dia rm1000. Free postage dan installation satu Johor.
Simen pemijak tu buat sndiri. Ukurannya dlm 1F x 2F. Satu mould tu, boleh buat untuk 4 tapak terus.
Kawasan ini, nak diwartakan sebagai kebun kecil.
Perabut memang tak ada yang dibawa dari rumah lama, kecuali almari putih dan rak tv. Sebab rumah lama, perabot besar-besar. Masuk sini. Semua tak sesuai. Tak muat nak digayakan. Carpet tu reused dari rumah lama. Dah 6 tahun tapi masih dalam keadaan baik.
Carpet tu beli dekat kedai pakistan yang kat bawah tesco kulai. Harga asal rm450.
Bajet untuk rumput pula cuma berpatutan. Rumput Karpet tu beli 10 x 10 je. Bila cari dapatlah dalam 1/3 luas kawasan sebenar.
Ini pula tempat istirehat di waktu petang.
Ini pula ruang tamu yang sudah siap di dekorasikan.
Yang ini pula dekorasi untuk bilik air.
Hasil bercucuk tanam. Akhirnya sudah tumbuh anak jadung ini.
Rumput karpet sudah mula naik dengan subur.
Antara tanaman pertama. Habis dah bagi-bagi dekat jiran.
2 bulan lepas tanam. Progress rumput ni dah 92.66% berkembang.
Itik-itik ni saya buat sendiri. Guna lebih simen yang dibeli untuk buat dinding tadi.
Dekorasi ala-ala studio untuk bergambar. Sesuai untuk hari raya nanti.
Untuk kabin tu, dalamnya ada dua partition. Separuh buat stor, separuh lagi port anak dara ni main masak-masak dan menyepah.
Untuk gambar penuh boleh lihat dibawah ini.
[foogallery id="7604"]
Itu sahaja perkongsian kita untuk hari ini. Terima kasih kerana sudi membaca kisah pasangan yang agak panjang ini.