Dari Rumah Seperti Reban Ayam Kini Diubahsuai Menjadi Teratak Yang Mewah

Ditulis oleh

Boleh dikatakan golongan yang dilahirkan dalam keluarga sederhana pernah mengalami fasa hidup dalam keadaan yang serba kekurangan seperti tinggal dirumah yang tidak siap dan sebagainya. Walaupun anda pernah hidup susah pada ketika dahulu, keadaan tersebut bukanlah menjadi penamat untuk hidup anda. Itu yang dilakukan oleh pemuda ini yang bernama Haziq Ammar, beliau bertekad mahu membalas balik jasa kedua orang tuanya apabila beliau secara seorang diri melakukan ubahsuai rumah yang cantik dan mewah untuk kedua orang tua nya.

Jom sama-sama kita ikuti perkongsian yang sangat menarik ini

Dari Rumah Seperti Reban Ayam Kini Diubahsuai Menjadi Teratak Yang Mewah

 

Assalamualaikum. Salam semua sahabat-sahabat deko.

Saya saja nak kongsi sedikit impian saya dari masa kecil-kecil dahulu.

Saya sangat suka melukis rumah-rumah impian saya sebab masa kecil kami duduk rumah buruk boleh dikatakan macam Reban Ayam juga la.

Orang utara tahu kot apa itu reban ayam. Memang saya dari keluarga susah tiada harta benda. Mak dan Abah hanya menjual nasi lemak dan kuih muih depan rumah buruk kami.

Alhamdulillah dengan duit tersebut dapat la menampung kehidupan kami

 

Disebabkan ingin melihat mak dan abah hidup dalam keadaan lebih selesa, demi mak dan abah beliau usahakan sebaik mungkin untuk berikan kediaman yang selesa untuk mereka. Alhamdullilah pada tahun 2018 beliau dapat hadiahkan mak dan abah rumah yang cantik ini.

Seterusnya kita bercerita hal rumah seperti reban ayam kini diubahsuai pula.

ubahsuai rumah lama

ubahsuai rumah lama

ubahsuai rumah lama

ubahsuai rumah lama

ubahsuai rumah lama

Proses ubahsuai ini diurus olehnya sendiri dari awal sampai akhir. Dari lukis plan sehingga ianya siap. Tetapi tidak seberapa siap sangat lagi sekarang ni, banyak lagi yang perlu dideko. katanya.

Walaupun bukan seorang jurutera, demi minat beliau sanggup habiskan masa dan tenaga mencari tukang dan bahan-bahan binaan serta semua tukang-tukang yang berkaitan. Hampir setiap 2 minggu sekali beliau akan pulang ke kampung untuk melihat proses dan pembelian barang-barang binaan.

ubahsuai rumah lama

ubahsuai rumah lama

ubahsuai rumah lama

ubahsuai rumah lama

ubahsuai rumah lama

ubahsuai rumah lama

Bercerita mengenai kos pula, beliau sangat berpuas hati sebab jimat ratusan ribu ringgit jika upah kontraktor. Beliau pernah tanya untuk keluasan dan design rumah beliau masa itu. Hanya binaan rumah hampir 400k.

Tetapi kos keseluruhan yang dihabiskan untuk membina rumah ini tidak melebihi 200k. Dari situ beliau memilih untuk menguruskan sendiri. Beliau lebih rasa berpuas hati dengan pilihan hati dari segi pembelian barangan dan sebagainya.

ubahsuai rumah lama

ubahsuai rumah lama

Orang tanya, apa konsep rumah ini? Konsepnya "Caca Merba" sahaja. Janji cantik dimata, Ada juga perabot dibeli dari kedai terpakai juga.

ubahsuai rumah lama

ubahsuai rumah lama

ubahsuai rumah lama

ubahsuai rumah lama

ubahsuai rumah lama

ubahsuai rumah lama

ubahsuai rumah lama

ubahsuai rumah lama

ubahsuai rumah lama

ubahsuai rumah lama

ubahsuai rumah lama

ubahsuai rumah lama

ubahsuai rumah lama

ubahsuai rumah lama

ubahsuai rumah lama

Semoga perkongsian ini dapat memberi inspirasi kepada mereka yang suka konsep sama seperti ini. Terima kasih kerana luangkan masa untuk membaca artikel ini.

Adakah perkongsian ini bermanfaat? Share dan love post ini supaya anda boleh jadikan rujukan projek dekorasi anda yang seterusnya. 
Diterbitkan pada
November 6, 2021
Dikemaskini pada
November 6, 2021

Sharing Ekslusif Kami

Ikuti sosial media Giler Deco & dapatkan idea dekorasi trendy serta tips-tips menarik untuk rumah impian anda.

Anda Mungkin Juga Berminat

Logo Giler Deco
© 2024 Giler Deco Hakcipta terpelihara
• Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)
Privasi PolisiTerma & Syarat
usermagnifiercrosschevron-down linkedin facebook pinterest youtube rss twitter instagram facebook-blank rss-blank linkedin-blank pinterest youtube twitter instagram