Penghasilan dekorasi rumah dengan cara DIY pada ketika ini sudah menjadi kelaziman oleh pemilik rumah. Kebiasaannya, ianya sering dilakukan oleh pemilik rumah yang suka mendekorasikan rumah mereka dengan konsep dan gaya tersendiri. Jika ada minat, semua keinginan akan tertunai. Itu yang dilakukan oleh pemilik rumah ini yang bernama Raven Kw. Perkongsiannya pula adalah mengenai ubahsuai rumah lama berkonsepkan scandinavian.
Jadi, jom sama-sama kita ikuti perkongsian dekorasi yang menarik ini.
Sebelum dan selepas.
Kebanyakan barang dekorasi beli dekat Shopee, Mr.Diy, Kaison dan Taobao. Rak gambar, cawan, tanaman palsu dari IKEA.
Bilik office sebelum dan selepas.
Meja, rak, bingkai gambar hitam, lampu meja, pegboard, patung kayu dan jam kayu dari IKEA.
Kerusi dan benda dekorasi lain beli dari Shopee, Mr.Diy dan Kaison.
Keadaan bilik sebelum diubahsuai.
Ini adalah semasa proses ubahsuai dilakukan.
Keadaan bilik setelah selesai diubahsuai.
Proses penghasilan dekorasi bilik tidur anak. Perabot-perabot beli dari IKEA, gambar barangan yang digunakan telah disertakan dengan link dibawah ini.
Beliau bermula dari melukis bentuk rumah, dan tampal “paniter’s tape” di luar bentuk rumah supaya ia lebih kemas selepas cat. Kemudian cat bahagian dinding berbentuk rumah. Gambar dibawah ini setelah cat sudah kering.
Cat bahagian dinding tersebut membentuk “ gunung” Nordic. Selepas siap cat dan sudah kering, rak mainan digerudikan, perabot, buku-buku, dan mainan disusun.
Inspirasi trek kereta mainan dihasilkan. Proses pemasangan ini dibantu oleh Atuk mereka dengan menggerudikan rak gambar di dinding dengan menggunakan power drill dan dijadikan trek/slaid kereta mainan. Anak beliau sudah tidak sabar lagi untuk bermain disitu.
Kemudian tampal sticker jalan raya.
Anak-anak ada tempat bermain masing-masing.
Picture ledge IKEA Mosslanda digunakan untuk rak buku & trek kereta tadi.
Kerusi kanak-kanak IKEA Mammut.
Meja IKEA Smastad.
Rak mainan IKEA Trofast.
Rak dinding mainan.
Tempat main masak-masak.
Hasil akhir ubahsuai bilik anak.
Coffee bar sebelum diubahsuai.
Hasil ubahsuai Coffee Bar.
Itu sahaja perkongsian pada kali ini. Semoga bermanfaat.