Ubahsuai Rumah Lama Berkonsepkan "Modern Classic"

Ditulis oleh

Bila ingin membeli rumah lama mesti anda terfikir dua kali dek kerana suasananya yang lusuh dan keadaan sekeliling yang boleh dikatakan menyeramkan. Tetapi itu sudah tidak terjadi kepada pasangan ini, Mereka tidak terfikir pun perkara tersebut. Mereka hanya fikirkan malu memilik rumah lama itu dan ubahsuai rumah tersebut menjadikan gaya baru yang sangat cantik dan kelihatan mewah. Perkongsian pada kali ini adalah dari DhiYa NiSa. Perkongsiannya adalah mengenai ubahsuai rumah lama berkonsepkan "modern classic".

Jom ikuti perkongsian yang menarik ini.

Ubahsuai Rumah Lama Berkonsepkan "Modern Classic" :

First House.

Banyak kenangan indah tercipta disini. Terjumpa gambar dalam telefon lama.
Gambar rumah asal yang kami beli 9 tahun yang lalu.

Sebenarnya dulu, hari-hari lalu depan rumah ni. Sejak saya dapat transfer kerja dari Kluang ke sini.

Lalu pagi petang untuk hantar dan ambik anak (Dhiya) ke rumah pengasuh. Borak borak dengan suami masa tu.

Saya cakap " abang bestnya kalau dapat beli tanah ni. Sebab tanah ni rata dari depan sampai belakang. Pokok buah pun banyak keliling rumah, ada rambutan, manggis, durian, mata kucing semuanya nampak jelas dari jalan.

5 bulan lepas tu suami ajak pergi tengok rumah. katanya Abang Jo staff office sekolah cakap ada rumah nak  jual. Balik sekolah terus la ikut abang Jo. Sampai depan rumah yang nak dijual tu

Kelu lidah. Rupanya rumah yang saya pernah cakap dengan suami tu. Tak terlintas pun dalam kepala. Rupanya rumah ni. Petang tu jugak terus deposit 5k pada tuan rumah.

Kata-kata satu doa. Betul la cakap orang.

Alhamdulillah disini anak-anak kami membesar.

Al-Fatihah buat pemilik asal rumah kami,
Yang kembali ke rahmatullah pada malam 29/01/2021.

Selang seminggu dengan pemergiaan suaminya.
Semoga keduanya ditempatkan dikalangan orang dirahmati Allah SWT.
Aamiin allahumma aamiin.

Ini adalah keadaan rumah sebelum dibeli.

deco rumah Memang nampak lusuh.

deco rumah Ini adalah keadaan rumah selepas selesai diubahsuai dengan konsep dan cantik dan menarik.

deco rumahIni adalah keadaan ruang tamu selepas diubahsuai.

deco rumah

deco rumah

deco rumah

deco rumah

deco rumah

deco rumahIni pula adalah keadaan ruang makan selepas diubahsuai.

Dekorasi 99 nama allah pada dinding ruang tamu.

Ini pula adalah pargola.

Keadaan luar rumah sewaktu anak tengah bermain.

Ini pula adalah ketika rumah digunakan untuk shooting drama bersiri iaitu bertajuk "Tersuka Tanpa Sengaja"  

Itu sahaja perkongsian yang menarik ingin dikongsikan pada kali ini. Semoga dapat memberi idea kepada anda untuk deco rumah. Semoga bermanfaat.

 

Adakah perkongsian ini bermanfaat? Share dan love post ini supaya anda boleh jadikan rujukan projek dekorasi anda yang seterusnya. 
Diterbitkan pada
Ogos 14, 2021
Dikemaskini pada
Ogos 14, 2021

Sharing Ekslusif Kami

Ikuti sosial media Giler Deco & dapatkan idea dekorasi trendy serta tips-tips menarik untuk rumah impian anda.

Anda Mungkin Juga Berminat

Logo Giler Deco
© 2024 Giler Deco Hakcipta terpelihara
• Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)
Privasi PolisiTerma & Syarat
usermagnifiercrosschevron-down linkedin facebook pinterest youtube rss twitter instagram facebook-blank rss-blank linkedin-blank pinterest youtube twitter instagram