Tinggal di rumah jenis memanjang ini memang ramai sudah tahu agak sukar untuk di ubahsuai. Tetapi itu semua sebenarnya bukanlah menjadi satu penghalang untuk anda tidak ubahsuai rumah anda. Perkongsian kali ini adalah dari seorang wanita yang bernama Cik Kiah. Perkongsiannya adalah mengenai ubahsuai rumah kosong jenis memanjang kepada konsep "modern contemporary".
Jom sama-sama kita saksikan perkongsian ini.
Deko berkonsepkan Modern Contemporary jadi tak jadi. Haha! Boleh katakan semua dalam rumah baru dan saya beli perabot dekat Ikea, Kaison dan ada jugak yang custom made. Hampir 4 bulan jugak la struggle melalui proses renovate dan dekorasi baru la boleh jadi rupa sebegini.
Rumah ini keluasan 800 sqft dan jenis memanjang, buka sahaja pintu jumpa dapur terus nampak satu rumah. Masa dapat kunci haritu rumah kosong sekosongnya tiada lampu, kipas dan grill. Semuanya kami buat sendiri cari kontraktor, deal, idea, beli barang dan deco rumah.
Saya pilih warna dark grey matte untuk bagi kelainan dan cabar diri untuk lagi confident deco rumah. Orang kata try and error sahaja la macam mana. Sebelum pilih tema berpeluh juga la fikir sebab takut tak cantik. Tapi tak apa, kita cuba dulu agak agak tak lawa nanti kita ubah balik mana yang kurang itu.
Maklumlah first time deco rumah dan hanya refer kat Pinterest dan group deco sahaja. Terima kasih sebab banyak info best-best dalam ni. Terima kasih jugak dekat personal shopper Ikea kak Ibah Abdullah.
Tolong beli dan pasangkan semua perabot Ikea. Servis tip top dan sangat puas hati.
So this is our humble crib walaupon tak besar dan mewah macam rumah orang lain. Kalau ada yang kurang, boleh tunjuk ajar ya.
Ini adalah rumah ketika dibeli.
Ini adalah dekorasi dan hiasan bilik tidur selepas diubahsuai.
Ini pula adalah keadaan ruang makan.
Ini pula adalah dekorasi dapur rumah.
Ini adalah dekorasi ruang tamu.
Itu sahaja perkongsian pada kali ini. Diharap dapat memberi sumber idea dan inspirasi kepada anda dalam ubahsuai rumah.