Rumah yang berkonsepkan kayu papan, memang cukup dikenali dan diingati oleh sesiapa sahaja yang pernah tinggal di kampung. Hal ini kerana, banyak kenangan zaman kanak-kanak yang terdapat di rumah tersebut. Jadi untuk memastikan rumah kampung kayu anda sentiasa terjaga, tidak salahnya jika anda cuba deco rumah kayu papan tersebut. Perkongsian pada kali ini adalah dari Afiqah Nani. Perkongsiannya pula adalah mengenai deco rumah kayu berusia 100 tahun guna "Vinyl Floor".
Jadi jom sama-sama kita ikuti perkongsian menarik deco rumah kampung yang ingin dikongsi ini.
Assalammualaikum.
Deko rumah PKP 2021.
Gambar yang sebelum deco masa pkp 2020. First time post gambar dekat sini.
Saja nak kongsi rumah kampung saya duduk dari kecik sampai sudah berkahwin. Sudah 30 tahun duduk. Kalau raya, dekat sini la sepupu sepapat dan adik beradik mama saya berkumpul
Sudah 2 tahun kami tak jumpa sepupu-sepupu kami. Masing-masing tinggal luar negeri. Ini rumah pusaka arwah atok dan nenek yang kayunya sudah berusia hampir 100 tahun. Tapi masih kuat lagi alhamdulilah.
Ini adalah keadaan pada bahagian luar rumah kayu kampung ini.
Ini pula adalah pandangan lebih dekat keadaan rumah kayu kampung ini.
Keadaan ruang tamu dan ruang menonton tv sebelum diubahsuai.
Keadaan ruang tamu tadi selepas selesai diubahsuai.
Keadaan ruang rehat sebelum diubahsuai.
Ruang rehat selepas diubahsuai.
Ruang tamu sebelum diubahsuai.
Ruang tamu selepas diubahsuai.
Wallpaper dinding yang digunakan adalah menggunakan vinyl floor.
Itu sahaja perkongsian Giler Deco untuk anda pada kali ini. Diharap dengan perkongsian yang menarik ini sedikit sebanyak dapat membantu anda dalam cuba untuk baiki, ubahsuai serta deco rumah kampung kayu supaya lebih kelihatan kemas dan menarik.
Semoga perkongsian ini dapat memberi manfaat kepada anda. Selamat mendeco.