Bekerja dibandar atau ditempat jauh dari kampung halaman memang menyukarkan anda untuk membeli rumah. Hal ini kerana kos dan harga rumah di kampung dan di bandar memang jauh berbeza. Rumah di bandar sudah tentu lagi mahal dari rumah di kampung oleh kerana permintaan yang tinggi. Perkongsian pada kali ini adalah dari seorang wanita yang bernama Syakila Mothar. Perkongsiannya adalah mengenai ubahsuai rumah kampung 7 tahun terbiar guna konsep scandinavian.
Semua orang mengetahuinya rumah di kampung lebih murah harganya berbanding rumah di bandar. Menjadi satu kelebihan untuk anda jika anda dapat berkerja di kampung halaman anda sendiri. Jika anda mempunyai rumah di kampung tidak kira rumah lama ataupun hanya sekadar tanah sahaja, seeloknya gunakan peluang ini untuk ubahsuai dan usahakan kerana ianya lebih jimat.
Jom ikuti perkongsian ubahsuai rumah lama yang sangat menarik ini.
Salam dan selamat sejahtera semua. Rezeki dapat balik bekerja dan bermastautin di kampung halaman. Boleh buat balik rumah yang beli 7 tahun dulu. Fokus dekat kitchen dengan living room dulu.
Tema yang digunakan adalah scandinavian. Cari dekat pinterest tengok sampai bepinar mata. Jom warga scandinavian, Jom berkongsi idea deco rumah. Banyak lagi ruang yang belum deko.
Ini adalah keadaan ruang dapur sebelum diubahsuai.
Ini pula adalah keadaan ruang dapur semasa proses ubahsuai dilakukan.
Ini adalah hasil dari ubahsuai yang dilakukan. Sangat cantik bukan?
Dapur dari sudut pandangan lain selepas diubahsuai.
Pandangan dari sudut hadapan dapur.
Keadaan dapur dan ruang makan selepas selesai diubahsuai.
Ini pula adalah ruang tamu sebelum proses ubahsuai dilakukan.
Ini adalah keadaan dinding ruang tamu semasa proses sedang dilakukan.
Ini adalah hasil akhir ubahsuai ruang tamu dengan gaya dan konsep yang sangat menarik.