Ramai yang berpendapat tinggal di rumah flat lama tidak perlu hias dan deco rumah supaya cantik berseri. Ternyata tanggapan yang anda buat itu salah kerana di mana pun anda tinggal dan menetap, deco rumah seharusnya dilakukan. Ini semua adalah untuk keselesaan anda juga bukan? Perkongsian pada kali ini adalah dari Awg Mohamad Ridzuan. Perkongsiannya adalah mengenai "luar flat dalam kondo" ubahsuai rumah jenis flat lama kepada gaya premium mewah.
Jom sama-sama kita ikuti perkongsian ubahsuai rumah flat yang cukup menarik ini.
Alhamdulillah.Baru ada masa nak up post dan kongsi. Suka sangat statement "Luar Flat Dalam Kondo".Kalau ada yang kurang, boleh la anda kongsi idea untuk nak tambah apa-apa.Terima Kasih.
Ini adalah keadaan ruang tamu ketika proses ubahsuai sedang giat dilakukan.
Proses ubahsuai diteruskan lagi dengan mengecat dinding dan memasang L box siling bagi menampakkan rumah flat ini mewah.
Ini pula adalah keadaan pintu luar rumah semasa proses ubahsuai dilakukan.
Ini pula adalah keadaan pintu utama dari sudut pandangan dalam rumah semasa proses ubahsuai.
Keadaan pintu setelah di cat dengan warna hitam.
L box siling telah siap dipasang.
Ini adalah keadaan L box siling pada waktu malam. Cantik bukan? Terus kelihatan mewah.
Ubahsuai ruang tamu ini sudah hampir siap. Memang kelihatan cantik dan sangat mewah.
Ini adalah keadaan ruang laluan ke bilik dan ke tandas semasa proses ubahsuai sedang dilakukan.
Ini pula adalah keadaan ruang laluan ke bilik dan ke tandas semasa proses pemasangan L box siling hampir selesai dilakukan.
Ini adalah semasa proses wainscoting dinding dilakukan.
Ruang dapur semasa proses ubahsuai dilakukan.
Ini adalah hasil ubahsuai rumah setelah siap diubahsuai 100%
Ini adalah keadaan ruang balkoni rumah dari padangan dalam rumah.
Itu sahaja perkongsian yang ingin dikongsi oleh Giler Deco untuk anda pada kali ini. Semoga dapat memberi inspirasi dan manfaat.