Ubahsuai "Rumah Hinggap" Kepada Gaya Loteng Moden

Ditulis oleh

Memiliki rumah dua tingkat yang mempunyai loteng ini memang anda akan berfikir panjang untuk mengubahsuai rumah jenis ini. Mana tidaknya, boleh dikatakan untuk ubahsuai rumah seperti ini memang memerlukan modan dan bajet yang agak besar. Perkongsian kali ini adalah dari Marhayu MJ. Perkongsiannya adalah mengenai ubahsuai "rumah hinggap" kepada gaya loteng moden.

Jom sama-sama kita saksikan perkongsian yang menarik ini.

Ubahsuai "Rumah Hinggap" Degan Konsep Dan Dekorasi Baru :

Berkongsi deko (loteng) rumah hinggap, teres 4 bilik, 2 bilik air dapat kunci penghujung 2017. Peram dulu setahun tanpa apa-apa renovation (kumpul modal dulu sebenarnya)

Kos untuk loteng ruang tamu dan loteng untuk 2 bilik lebih kurang rm30k
termasuk wiring, lampu dan kipas.
layan.

Ini adalah keadaan sebelum diubahsuai dengan gaya baru.

Bila teringin nak makan dekat rumah baru, bentang sahaja tikar zam-zam ala kazam yang sehelai itu. Sadisnya.

deco rumahIni adalah keadaan loteng sebelum diubahsuai dengan gaya baru, Seram juga bila kita lihat.

deco rumahSiap juga akhirnya. Dekorasi dan konsep ubahsuai ikut cita rasa sendiri.

deco rumahCarpet kita cari kemudian. Cantik kan gaya dan konsep dekorasi baru yang dilakukan ini. Berapa bintang nak bagi ni?

deco rumahIni adalah keadaan bilik nombor 2 siling tinggi, atas tu jadikan lagi satu bilik. Pintunya naik ikut tangga loteng di ruang tamu.

deco rumahOkey sudah siap bilik untuk anak dara.

deco rumahKeadaan tangga loteng sebelum diubahsuai dengan gaya  baru.

deco rumahLantai pasang vinyl 3mm. Beli kat shopee. Link Shopee : https://invol.co/cl3qgtq

Frame dari Airis Wall Deco.
Fiddle fig beli dekat kaison kalau tak silap.

deco rumahPintu bilik atas. Atas bilik anak dara tadi.

deco bilik tidurDalamnya tak berapa nak siap lagi.

deco rumahBilik nombor 3 pun buat loteng. Buat tempat simpan bantal, cadar, toto. Semua sumbat situ.

deco bilik tidurHiasan simple-simple sahaja.

deco bilik tidurPintu bilik atas nak buat macam ni sebenarnya, tapi boleh laa seakan-akan.

dekorasi ruang tamuLoteng diruang tamu diinspirasikan dari gambar ni. Ambil belah atas tu sahaja.

deco rumahItu sahaja perkongsian pada kali ini. Diharap perkongsian ini dapat memberi inpirasi kepada anda dalam mengubahsuai rumah jenis loteng seperti ini. Jika anda berminat untuk membeli lantai vinyl seperti rumah ini boleh lihat dibawah ini.

 

 

 

Adakah perkongsian ini bermanfaat? Share dan love post ini supaya anda boleh jadikan rujukan projek dekorasi anda yang seterusnya. 
Diterbitkan pada
Mei 2, 2021
Dikemaskini pada
Mei 2, 2021

Sharing Ekslusif Kami

Ikuti sosial media Giler Deco & dapatkan idea dekorasi trendy serta tips-tips menarik untuk rumah impian anda.
Logo Giler Deco
© 2024 Giler Deco Hakcipta terpelihara
• Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)
Privasi PolisiTerma & Syarat
usermagnifiercrosschevron-down linkedin facebook pinterest youtube rss twitter instagram facebook-blank rss-blank linkedin-blank pinterest youtube twitter instagram