Dekorasi dalaman rumah dengan menggunakan gaya wainscoting dan dinding shiplap pada masa kini cukup diminati oleh setiap pemilik rumah. Kebanyakan pemilik rumah hanya melakukan dekorasi seperti ini dengan cara diy, tetapi ada juga yang menggunakan khidmat pakar dekorasi supaya penghasilan deco rumah lebih cantik dan menarik. Perkongsian pada kali ini adalah dari Mohd Asmawi Bin Che Ghani. Perkongsiannya pula adalah mengenai ubahsuai rumah guna wainscoting dan shiplap wall.
Jadi, jom sama-sama kita ikuti perkongsian yang menarik ini.
Sebelum dan selepas
Walaupun sudah dekat 2 tahun buat. Kita share jugalah.
Bahagian pintu dan dinding rumah sebelum diubahsuai.
Bahagian luar rumah semasa proses pemasangan kayu shiplap dilakukan.
Bahagian luar rumah selepas selesai dipasang dinding shiplap dan dicat dengan warna putih. Cat yang digunakan adalah cat Jotun berkod bare. Lampu hiasan itu selain boleh dapatkan di Houses Lightings Puchong, ia juga boleh dibeli secara online di Shopee.
Link Shopee :
Ini pula dekorasi pada bahagian dinding ruang tamu dengan menggunakan wainscoting dengan hiasan kabinet dan cermin sebagai penyeri.
Bahagian ruang makan juga digayakan dengan dinding shilap.
Bahagian dinding pada sebelah lagi dipasang wainscoting cermin.
Itu sahaja perkongsiand ari Giler Deco untuk anda pada kali ini. Diharap dengan perkongsian dekorasi dalaman dan luaran rumah dengan menggunakan wainscoting ini dapat memberi inspirasi kepada anda semua. Semoga perkongsian ini bermanfaat.