Hari raya tinggal lebih kurang seminggu lagi untuk tiba. Jadi semua pemilik rumah mula berkira-kira untuk mengubahsuai rumah dengan gaya baru supaya kelihatan ceria dihari raya. Perkongsian kali ini adalah dari Ameer Omar. Perkongsiannya adalah mengenai ubahsuai rumah Guna wainscoting cara diy.
Ubahsuai Rumah Guna Wainscoting Bersama Keluarga Sempana Raya :
Harini aku nak kongsi deco rumah yang Ibu idamkan.
Semua DIY sebab nak upah orang terlalu mahal.
Jadi kami di bantu oleh seluruh ahli keluarga termasuk ipar duai, Pakcik dan sepupu datang menolong sepanjang proses. Setiap gambar ada step-step diterangkan.
Mulakan dengan melukis corak yang dikehendaki di dinding dan tampal masking tape untuk ditanggalkn selepas proses cat.
Kemudian cat seluruh dinding.
Keadaan dinding selepas. Cat dan masking tape ditanggalkan.
Proses beli kayu di kedai hardware dan bawa pulang.
Gosok dengan kertas pasir untuk licinkan permukaan kayu. Selesai licinkan kita cat.
Jemur sehingga kering.
Kami beli mitre box untuk potong kayu.
Sampai malam potong lagi.
Proses tampal kayu yang dipotong ke dinding. Tampal guna gam silikon yang dibeli di MR DIY. Lepas tampal kayu, tambah masking tape untuk kayu melekat dengan kemas.
Selesai tampal jangan lupa touch up dengan filler dan cat semula mana yang comot. Masukkan sofa dan tambah hiasan.
Cermin belakang tu kami tempah kedai cermin.
Frame Al Fatihah ni kami diy. Canvas tu kami buat di kedai printing hanya RM 16. Design dari google.
Selamat hari raya Aidilfitri.
Itu sahaja perkongsian dari Giler Deco untuk anda pada kali ini. Diharap dengan perkongsian ini mampu memberi inspirasi kepada anda dalam
deco rumah nanti. Selamat mencuba bersama keluarga.