Tinggal di rumah kos rendah yang usang tidak bermakna ianya akan terus kekal kelihatan lusuh. Walaupun rumah tersebut hanyalah rumah flat yang mempunyai ruang terhad, ia juga berhak untuk diberikan nafas baru supaya kelihatan lebih cantik dan menarik. Perkongsian ubahsuai rumah yang dilakukan pada kali ini adalah dari Nur Azirah. Perkongsiannya pula adalah mengenai ubahsuai rumah flat kos rendah 650sqft hasil air tangan suami isteri yang cukup kreatif.
Secara kebiasaannya, pemilik rumah lebih memilih untuk melakukan deco secara diy sahaja. Hal ini kerana, dengan melakukan deco secara diy, kos yang dikeluarkan lebih murah dan dapat menjimatkan kos.
Jadi, jom sama-sama kita ikuti perkongsian yang sangat menarik ini.
Alhamdulillah rezeki masa anak kedua. Suami mampu beli rumah sendiri. Betul la orang cakap. Rezeki setiap anak itu dalam bermacam-macam bentuk Allah nak bagi.
Rumah flat kos rendah 650sqft. Tak reti nak deco sangat. Asalkan sedap mata memandang. Syukur alhamdulillah. Anak-anak pun puas berlari dalam rumah. Tahun ini tahun kedua duduk rumah sendiri.
Gambar ruang tamu menonton tv sebelum dan selepas diubahsuai.
Ini pula adalah gambar sebelum dan selepas keadaan ruang tamu dari sudut pandangan berbeza.
Keadaan sebelum dan selepas bahagian dapur dan ruang makan.
Keadaan sebelum dan selepas ruang tempat memasak.
Keadaan sebelum dan selepas bilik tidur.
Keadaan bilik tidur anak sebelum dan selepas diubahsuai.
Gambar penuh idea dekorasi pada bilik tidur anak.
Dekorasi laluan ke bilik yang simple dengan menggunakan wallpaper brick.
Itu sahaja perkongsian Giler Deco untuk anda pada kali ini. Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk semua.