Semua pemilik rumah memasang impian untuk mengubahsuai rumah yang telah lama didiami kepada konsep dan gaya baru mengikut trend terkini. Seperti yang dilakukan oleh pemilik rumah flat ini yang bernama Nor Awieda. Beliau dan suami melakukan ubahsuai rumah flat 650sqft berkonsepkan minimalis.
Jom sama-sama ikuti perkongsian menarik ini.
Ubahsuai rumah flat 650sqft. Disini saya ingin berkongsi hasil sebelum dan selepas renovation. Selepas 10 tahun menginap, baru ada rezeki untuk renovate.
Bayangkan 10 tahun itu perabot sudah banyak, memang seksa nak lakukan renovasi rumah dengan barang-barang rumah. Jadi, banyak saya let go perabot-perabot lama, Kebanyakan dari IKEA. Untuk kali ini, konsep Minimalis, simple tapi tetap nak nampak mewah juga
Sebelum dan selepas ruang tamu rumah.
Pada ketika ini, tiap-tiap tahun tukar tikar getah.
Dulu lebih suka penggunaan wallpaper pada dinding rumah.
Konsep rumah ketika ini warna terang betul. Merah menyala.
Bilik mandi sebelum diubahsuai.
Bilik mandi selepas diubahsuai.
Tandas sebelum diubahsuai.
Bilik air selepas diubahsuai.
Keadaan dapur sebelum diubahsuai.
Dinding dipecahkan semula sebab mahu extend dapur yang sempit.
Ini adalah semasa proses membuang tingkap dapur.
Keadaan dapur selepas diubahsuai.
Ruang makan sebelum direnovasi.
Semasa melakukan ubahsuai, memang duduk dalam rumah ini. Hampir sebulan duduk dengan debu.
Pemasangan wainscoting pada dinding ruang tamu mula dilakukan dengan cara diy. Barang-barang semua beli sendiri. Memang sangat jimat.
Pintu pun DIY sahaja, tampal kayu wainscoting.
Beliau sangat beruntung kerana memiliki suami pandai electrical. Boleh jimat banyak.
Proses membuat wiring baru.
Projek diy pada bahagian laluan pintu masuk telah selesai dilakukan.
Bahagian ruang tamu setelah selesai diubahsuai.
Bahagian akuarium itu kepunyaan suami. Bela ikan hiasan comel-comel sahaja.
Taman mini dalam rumah.
Semoga perkongsian ini bermanfaat.