Ubahsuai Rumah "Double Storey" Guna Konsep Elegant

Ditulis oleh

Tinggal dirumah lama jenis double storey bukanlah menjadi masalah dan penghalang untuk anda dalam mendekorasikan dan ubahsuai rumah supaya cantik. Ini kerana rumah double storey ini jika diubahsuai dengan gaya yang menarik dan betul lebih cantik dekorasinya dari rumah biasa. Perkongsian pada kali ini adalah dari seorang wanita dan juga pemilik rumah iaitu yang bernama Wani Ziwani. Beliau juga adalah seorang pereka bentuk dalaman rumah. Perkongsiannya pula adalah mengenai ubahsuai rumah "double storey" guna konsep elegant.

Apa yang membuatkan deco rumah ini kelihatan menarik dan mendapat perhatian orang ramai adalah perubahan yang dilakukan olehnya. Bayangkan keadaan rumah ini dari kelihatan lama dan lusuh kemudian diubahsuai dengan gaya dan konsep baru yang cantik dan kelihatan elegan.

Jom sama-sama kita ikuti perkongsian yang menarik ini menerusi gambar yang dikongsi dilaman facebook miliknya.

Ubahsuai Rumah "Double Storey" Guna Konsep Elegant Mewah Simple :

Main warna sejuk je bagi rumah mood tenang, relax dan lapang.
Rumah di Johor Bharu. Double storey, sharing is caring.
Kod cat jotun 1032 iron grey (yang gelap sikit side langsir)
jotun 10678 space (light grey)

Ini adalah keadaan rumah kediaman sebelum didekorasi dengan gaya baru yang cantik dan kelihatan mewah elegan.

deco rumahKeadaan rumah dari sudut lain sebelum diubahsuai dengan gaya baru.

deco rumahIni adalah keadaan rumah kediaman selepas didekorasi dengan gaya baru yang cantik dan kelihatan mewah elegan.

Susun atur perabot yang sangat menarik.

Dekorasi cermin dinding.

Keadaan ruang makan selepas diubahsuai dengan gaya baru.

Gambar penuh dekorasi ruang tamu.

Itu sahaja perkongsian yang ingin dikongsi oleh Giler Deco untuk anda pada kali ini. Semoga dapat memberi inspirasi kepada anda dalam deco rumah.

 

Adakah perkongsian ini bermanfaat? Share dan love post ini supaya anda boleh jadikan rujukan projek dekorasi anda yang seterusnya. 
Diterbitkan pada
Jun 5, 2021
Dikemaskini pada
Jun 5, 2021

Sharing Ekslusif Kami

Ikuti sosial media Giler Deco & dapatkan idea dekorasi trendy serta tips-tips menarik untuk rumah impian anda.

Anda Mungkin Juga Berminat

Logo Giler Deco
© 2024 Giler Deco Hakcipta terpelihara
• Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)
Privasi PolisiTerma & Syarat
usermagnifiercrosschevron-down linkedin facebook pinterest youtube rss twitter instagram facebook-blank rss-blank linkedin-blank pinterest youtube twitter instagram