Tinggal dirumah lama jenis double storey bukanlah menjadi masalah dan penghalang untuk anda dalam mendekorasikan dan ubahsuai rumah supaya cantik. Ini kerana rumah double storey ini jika diubahsuai dengan gaya yang menarik dan betul lebih cantik dekorasinya dari rumah biasa. Perkongsian pada kali ini adalah dari seorang wanita dan juga pemilik rumah iaitu yang bernama Wani Ziwani. Beliau juga adalah seorang pereka bentuk dalaman rumah. Perkongsiannya pula adalah mengenai ubahsuai rumah "double storey" guna konsep elegant.
Apa yang membuatkan deco rumah ini kelihatan menarik dan mendapat perhatian orang ramai adalah perubahan yang dilakukan olehnya. Bayangkan keadaan rumah ini dari kelihatan lama dan lusuh kemudian diubahsuai dengan gaya dan konsep baru yang cantik dan kelihatan elegan.
Jom sama-sama kita ikuti perkongsian yang menarik ini menerusi gambar yang dikongsi dilaman facebook miliknya.
Main warna sejuk je bagi rumah mood tenang, relax dan lapang.
Rumah di Johor Bharu. Double storey, sharing is caring.
Kod cat jotun 1032 iron grey (yang gelap sikit side langsir)
jotun 10678 space (light grey)
Ini adalah keadaan rumah kediaman sebelum didekorasi dengan gaya baru yang cantik dan kelihatan mewah elegan.
Keadaan rumah dari sudut lain sebelum diubahsuai dengan gaya baru.
Ini adalah keadaan rumah kediaman selepas didekorasi dengan gaya baru yang cantik dan kelihatan mewah elegan.
Susun atur perabot yang sangat menarik.
Dekorasi cermin dinding.
Keadaan ruang makan selepas diubahsuai dengan gaya baru.
Gambar penuh dekorasi ruang tamu.
Itu sahaja perkongsian yang ingin dikongsi oleh Giler Deco untuk anda pada kali ini. Semoga dapat memberi inspirasi kepada anda dalam deco rumah.