Semua orang mengimpikan untuk memiliki rumah sendiri, tidak kira golongan yang sudah berkahwin, bujang dan sebagainya. Walaupun rumah yang anda beli itu rumah jenis lama, tetapi, sekiranya dapat memiliki rumah sendiri boleh dikatakan satu kejayaan besar untuk anda. Perkongsian pada kali ini adalah dari Anna Shafize. Perkongsiannya pula adalah mengenai ubahsuai rumah berusia yang baru pindah kepada gaya moden simple.
Jom sama-sama kita ikuti perkongsian menarik ini.
Hai, salam semua.
Pertama kali deko rumah simple saja, setakat mampu. Baru 7 bulan pindah rumah sendiri.
Saya nak minta pendapat kalian, saya teringin sangat nak tukar lantai SPC tapi buntu tak tau kod warna apa yang sesuai dengan rumah saya ini. Kalau ada contoh boleh tunjuk tak?
Gambar sebelum dan selepas. Rumah ini usia dia lagi tua dari pemilik rumah. Faktor rumah lama ini diminati adalah kerana keluasan pada bahagian dalaman tetapi banyak juga yang perlu dibaik pulih.
Ini adalah keadaan bahagian ruang tamu selepas ubahsuai selesai dilakukan.
Bahagian ruang tamu tempat menonton tv.
Pandangan ruang makan dari bahagian ruang tamu.
Pandangan lebih dekat sudut ruang makan selepas diubahssuai.
Sebelum dan selepas ruang dapur semasa proses ubahsuai dilakukan.
Keadaan ruang table top dapur sebelum diubahsuai.
Bahagian dapur setelah selesai diubahsuai.
Itu sahaja perkongsian Giler Deco untuk anda pada kali ini. Diharap dengan perkongsian menarik ini sedikit sebanyak dapat membantu anda dalam mencari sumber idea dan inspirasi untuk deco rumah lama yang baru dibeli. Semoga perkongsian ini bermanfaat.